Jumaat, 24 Mei 2013

Senandung Mahsuri Berdarah Putih: Catatan 1 (Firefly)





16hb Mei - 20hb Mei 2013.
 
Senandung Mahsuri Berdarah Putih.
 
Di  Langkawi, Kedah.
 
Kali ini ke Langkawi dengan menggunakan Firefly. Hanya RM70 pergi balik termasuk harga bagasi 15 kilogram dan hidangan ringan. Tidak perlu lagi Air Asia yang senget itu. Penerbangan perlu diambil di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang. Agak mudah juga ke Subang itu. Naik komuter ke Pelabuhan Klang dari stesen KL Sentral ke stesen Subang Jaya. Dari situ ambillah teksi ke Lapangan Terbang Subang. Tambangnya hanya RM20.00 tanpa meter. Skypark Subang lebih selesa daripada LCCT. Sangat nyaman dan aman jiwa raga berbanding kesesakan keterlaluan LCCT. Sebenarnya risau juga hendak menaiki pesawat ATR 72 itu. Kecil dan comel sahaja nampaknya. Tidak pernah lagi naik pesawat ini. Selalunya naik Boeig 737 atau Airbus 320. Tapi Alhamdulillah tiada gegaran yang melampau dan penerbangannya lancar dan tenang.
 
 
Rupanya tarikh Senandung Mahsuri Berdarah Putih ini bertindan pula dengan program Pesta Air 2013 yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia dan dibuat di Pantai Cenang, tempat tujuan kami untuk menginap. Hasrat hati hendak menginap di Mali Best Resort. Tapi menurut Encik Moon, sewaktu dia menelefon untuk memberitahu bahawa dia hendak memasukkan duit bayaran tempahan bilik, dia diberitahu bahawa bilik itu telah diberikan kepada orang lain yang telah membuat bayaran dahulu. Jadinya kami sampai ke Langkawi tanpa tempahan hotel.

Makanya dari satu hotel dan resort ke satu hotel dan resortlah dijengah satu persatu menanya ada atau tidak bilik atau chalet untuk 4 malam. Di satu hotel, kami diberitahu ada tapi di tingkat dua bangunan tanpa lif dengan harga RM120 satu malam. Owh tidak... Kami mahu chalet yang di pantai. Mujurlah di Langkapura Inn ada satu chalet yang kosong. Walaupun bukan mengadap pantai, chalet itu memadai. Sebab bukan di tingkat 2 bangunan tanpa lif. Dan chalet itu bukannya di seberang jalan. Tidak perlu melintas jalan untuk ke pantai. Dan ianya bersekali dengan sarapan. Memandangkan sepanjang tempoh 16hb - 20hb itu dipenuhi dengan urusetia Pesta Air, terus kami buat bayaran untuk 4 malam. Kami bernasib baik dapat chalet itu.

 
Dan seperti biasa semasa di Langkawi, kedai Haji Ismail Group di Kuah wajib disinggah. Idaman Suri pun wajib juga disinggah. Tiada pinggan mangkuk dibeli, tapi coklat memang diboronglah. Harganya seperti naik setiap tahun. Tetapi, alang-alang telah sampai, beli sahajalah. Prinsipnya, biar nyesal membeli daripada nyesal tidak membeli. Heee...
 

Khamis, 23 Mei 2013

Perjalanan Gah A380: Catatan 3 (Eurostar dan Eurolines)



21 hari ke Perjalanan Gah A380.
 
Perjalanan solo ke London dengan kapal A380 milik Malaysian Airlines dan dalam kabin kelas perniagaan. Kali ini telah menetapkan tempat-tempat yang ingin diteroka. Perancangan dahulu telah berubah dan diubah. Kali ini akan ke Brussels, kemudian ke Budapest dan balik semula ke London. Tiket tren Eurostar ke Brussels dan tiket bus Eurolines telah dibeli atas talian di sini dan di sini . Terpaksa beli awal bagi mendapatkan harga promosi. Macam-macam promosi harga tiket tren dan bus ada di pautan itu. Harganya seperti harga penerbangan. Semakin dekat dengan hari perjalanan, semakin mahal harganya, terutama kalau perjalanan itu dibuat pada hari minggu.
 
Perancangannya ialah setelah tiba London, tinggal 2 malam di situ. Hari ketiga, ke Brussels, tinggal semalam di sana dan meneruskan perjalanan ke Budapest dengan bus ke Budapest. Bermalam 1 malam sebelum berpatah balik ke Brussels dan London, Dan tinggal lebih lama di London sebelum balik ke Malaysia.
 
Perjalanan solo kedua selepas Bangkok dalam Sawadikap Escapade pada Disember 2012. Berdebar-debar? Sudah pasti.
 
Semoga Allah memudahkan perjalanan ini. Ameen...


nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...