16hb Mei - 20hb Mei 2013.
Senandung Mahsuri Berdarah Putih.
Di Langkawi, Kedah.
Kali ini ke Langkawi dengan menggunakan Firefly. Hanya RM70 pergi balik termasuk harga bagasi 15 kilogram dan hidangan ringan. Tidak perlu lagi Air Asia yang senget itu. Penerbangan perlu diambil di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang. Agak mudah juga ke Subang itu. Naik komuter ke Pelabuhan Klang dari stesen KL Sentral ke stesen Subang Jaya. Dari situ ambillah teksi ke Lapangan Terbang Subang. Tambangnya hanya RM20.00 tanpa meter. Skypark Subang lebih selesa daripada LCCT. Sangat nyaman dan aman jiwa raga berbanding kesesakan keterlaluan LCCT. Sebenarnya risau juga hendak menaiki pesawat ATR 72 itu. Kecil dan comel sahaja nampaknya. Tidak pernah lagi naik pesawat ini. Selalunya naik Boeig 737 atau Airbus 320. Tapi Alhamdulillah tiada gegaran yang melampau dan penerbangannya lancar dan tenang.
Makanya dari satu hotel dan resort ke satu hotel dan resortlah dijengah satu persatu menanya ada atau tidak bilik atau chalet untuk 4 malam. Di satu hotel, kami diberitahu ada tapi di tingkat dua bangunan tanpa lif dengan harga RM120 satu malam. Owh tidak... Kami mahu chalet yang di pantai. Mujurlah di Langkapura Inn ada satu chalet yang kosong. Walaupun bukan mengadap pantai, chalet itu memadai. Sebab bukan di tingkat 2 bangunan tanpa lif. Dan chalet itu bukannya di seberang jalan. Tidak perlu melintas jalan untuk ke pantai. Dan ianya bersekali dengan sarapan. Memandangkan sepanjang tempoh 16hb - 20hb itu dipenuhi dengan urusetia Pesta Air, terus kami buat bayaran untuk 4 malam. Kami bernasib baik dapat chalet itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan