Rabu, 6 Mei 2015

Thriller Live: A Musical Celebration


Selasa.

24 Mac 2015.

Selang sehari selepas balik dari Langkawi - LIMA '15 Kami Datang - berkejar pula ke  Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil menyaksi Thriller: a Musical Celebration. Hari kedua terakhir sebelum persembahan ini menutup tirainya di Malaysia. Datang dari West End London katanya. Jadi tak perlulah kita ke London untuk menyaksikan persembahan ini.

Persembahannya pukul 8:30 malam tapi kami bertolak seawal pukul 6:00 petang. Kononnya mahu mengelak kesesakan lalu lintas dan senang mendapat parkir. Dan jadilah kami antara dua tiga orang yang terawal sampai di Stadium. Penuh keterujaan tahap tertinggi. Alahai... kalau program keagamaan, macam-macam alasan nak sampai awal dan tepat waktu. Sempat makan dulu di food court berhampiran stesen LRT Bukit Jalil. Mujur juga persembahannya malam, sebab kulit muka yang terdedah pada terik matahari di Langkawi dek kerana LIMA 15 dah mengelupas teruk. Terasa perit apabila terkena panas walaupun dah dipakaikan krim sunburn. Adoyai..

Agak menarik juga apabila semasa menunggu persembahan bermula pada pukul 8:30 malam, dan semasa rehat,  skrin besar di kiri kanan pentas menyiar soalan trivia mengenai Micheal Jackson untuk dijawab sesama sendiri sebelum jawapan sebenar dipancarkan ke skrin. 

Berlainan dengan teater muzikal lain seperti Jersey Boys atau Mamma Mia yang mempunyai plot dan jalan cerita mudah; Thriller: A Musical Celebration lebih menitikberatkan persembahan serangkaian lagu-lagu popular Micheal Jackson dari kecil semasa menganggotai Jackson Five sehingga dewasa. Watak tertentu akan menceritakan secara naratif perkembangan dan kejayaan Micheal Jackson yang merevolusikan muzik dunia. Persembahan yang dipertontonkan sangat mirip dengan video klip lagu-lagunya yang popular seperti Beat It, Billie Jean dan Smooth Criminal. Pergerakan dan aksi yang yang sangat tepat dihidupkan daripada klip video ke dunia nyata!!




Ramai rupanya peminat Micheal Jackson di Malaysia. Ramai juga yang turut menari semasa lagu-lagu popular dipersembahan. Kami saja yang mengenjungkan diri tidak ikut menari!!



Dan kalau tadi menjadi orang terawal datang, masa balik kami ialah orang yang terakhir berlegar di foyer stadium dan turut sempat bergambar pelakon Thriller.


Nota: gambar dua yang pertama dalam entri ini diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...