Ahli-Ahli akademik nampaknya tidak dapat menyatakan dengan pasti. Masih terdapat perbahasan mengenainya. Ada yang menyatakan enam dan ada menyatakan tujuh. Benua secara amnya merujuk kepada tanah atau muka bumi yang besar di bumi. Kebanyakan orang mengatakan ada tujuh benua, iaitu:
1. Afrika
2. Antartica
3. Asia
4. Australia
5. Amerika Utara
6. Amerika Selatan
7. Eropah
Bagi yang mengatakan ada enam, mereka menyatukan Amerika Utara dan Amerika Selatan sebagai satu benua - benua Amerika. Manakala bagi sekumpulan yang lain pula, mengabungkan Asia dan Eropah sebagai satu benua - benua Eurasia. Hairannya kenapa disebut 'Euro' dahulu? Apa salahnya sekiranya disebut 'Asia' dahulu dan menjadi 'Asiaeuro'? Sekadar bertanya dan membuat provokasi.
Apa pun, lihatlah klip video untuk penjelasan secara visual dan grafik.
nota: klip video dari laman ini - http://video.about.com/geography/How-Many-Continents-Are-There-.htm