E-tiket daripada Air Asia X untuk pelepasan ke Paris pada 21 Jun 2012 telah diterima pagi tadi lebih kurang pukul 3.30 pagi. Jadi sahlah kami akan Paris dengan Malaysia Airlines. Kapal MH20 pada jam 11.30 malam di KLIA dan mendarat di Charles De Gualle, Paris. Bukan lagi berlepas dari LCCT dan mendarat di Orly, Paris.
Tapi sebenarnya, dua hari sebelum itu, telah menghantar emel kepada Air Asia X bertanyakan mengenai e-tiket yang dijanjikan akan diberikan paling lewat dalam tempoh 2 minggu hari pelepasan. Satu emel menggunakan Bahasa Kebangsaan yang sempurna seperti berikut:-
Tapi sebenarnya, dua hari sebelum itu, telah menghantar emel kepada Air Asia X bertanyakan mengenai e-tiket yang dijanjikan akan diberikan paling lewat dalam tempoh 2 minggu hari pelepasan. Satu emel menggunakan Bahasa Kebangsaan yang sempurna seperti berikut:-
"Saudara Asia Asia X Preflight,
Seperti emel tuan di bawah, kami masih tidak menerima e-tiket bagi penerbangan kami pada 21hb Jun 2012 walaupun tempoh 2 minggu bagi penerbangan tersebut telah hampir (No. tempahan Kuala Lumpur ke Orly, Paris, 22hb Jun 2012 - L9Z###). Kami sangat berharap agar etiket bagi penerbangan pada 21 Jun 2012 tersebut dapat dihantar kepada kami secepat yang boleh.
Selain itu kami juga berbesar hati sekiranya etiket bagi penerbangan balik kami pada 8hb Julai 2012 dari London (No. tempahan Gatwick, London ke LCCT, 8hb Julai 2012 - DC4###) dapat juga disampai bersekali bersama etiket penerbangan pelepasan pada 21 Jun 2012 atau disampaikan sebelum tarikh penerbangan 21 Jun 2012 tersebut bagi membolehkan kami menjawab soalan pihak imigresen lapangan terbang Paris sekiranya mereka ingin melihat etiket penerbangan pulang kami sebelum membenarkan kami melepasi kawalan imigresen Paris.
Kami sangat berbesar hati sekiranya tuan dapat membantu kami berkenaan etiket ini.
Sekian, terima kasih.
dijawab dengan bahasa Indonesia yang sempurna seperti berikut:-Kasturi Azzuri",
"Dengan Hormat,
Mohon perhatiannya bahwa tempat duduk anda telah terkonfirmasi melalui pengaturan dengan penerbangan MAS, untuk e-ticket dari penerbangan MAS akan kami kirimkan ke alamat email ###@$$$.^^^ secepat mungkin. Kami akan menindak lanjuti ke team reservasi untuk segera mengirimkan e-ticket kepada bapak. Untuk kesabaran bapak, kami sangat menghargainya.
Sekali lagi kami meminta maaf atas ketidak nyamanannya.
Hormat Kami,
Air Asia X Preflight"
Aduh, di mana bahasaku di buminya? Bahasaku asing di bumi sendiri. Sedih juga bila syarikat yang pangkalan perniagaannya ini di Malaysia, menjawab sebuah emel dalam Bahasa Kebangsaan dengan bahasa Indonesia.
Tetapi bak kata sahabat dalam Jelajah Eropah 2012 nanti, sekurang-kurangnya mereka menjawab emel yang dihantar.
Tapinya e-tiket untuk balik dari London ke Kuala Lumpur masih belum diterima. Perlukah dihantar lagi emel ke encik Asia Asia X Preflight? Minggu depan setelah balik dari Kota Kinabalu Sabah akan difikirkan kemungkinan itu.
Apapun, semoga Allah memudahkan urusan kami dalam Jelajah Eropah 2012 ini.
Jelajah Eropah 2012 - Catatan 5
Jelajah Eropah 2012 - Catatan 4
Jelajah Eropah 2012- Catatan 3
Jelajah Eropah 2012 - catatan 2
Jelajah Eropah 2012 - Catatan 1
Nota: kandungan surat menyurat dengan Air Asia X telah diedit bagi tujuan 'keselamatan negara'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan