22 Februari 2014. Persembahan matinee pada pukul 3:00 petang.
Minggu ini menyaksikan persembahan The Next - Trending Percussive Music di Istana Budaya pada pukul 3 petang. WAH! memang menarik persembahan percussion ini dengan kemunculan istimewa Man Kidal dengan gitarnya selepas interval. Visual dan penataan cahaya yang cantik. Persembahan hebat mengadunkan elemen klasik dan moden tidak membosankan dan menyebabkan penonton menunggu persembahan selepas interval. Tidak rugi menyaksikan persembahan ini dan memang wajar persembahan ini memenangi Boh Cameronian Award. Persembahan ini juga sebahagian daripada acara Tahun Melawat Malaysia 2014.
Bagaimana mahu ke Istana Budaya menggunakan pengangkutan awam? Senang sahaja. Guna sahaja LRT Aliran Ampang ke Sentul Timur dan berhenti di stesen Titiwangsa. Atau boleh juga ambil monorel, dan berhenti juga di stesen Titiwangsa. Dari situ, di sebelah yang bertentangan dengan stesen bas Pekeliling itu, ambil teksi ke Istana Budaya. Jaraknya sudah dekat jadi bayaran teksi tidak lebih daripada RM3:00 sahaja.
Owh... persembahan ini telah berakhir petang tadi. Tahniah kepada artis dan performers dalam The Next 2014 - Trending Percusive Music.
Nota: gambar dan video klip diambil dari laman sesawang di internet dan mungkin mempunyai hak cipta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan