Khamis, 13 Jun 2013

Panggilan Hanoi: Catatan 2 - Restoran Nisa


29hb Mei 2013
 
Hanoi

Seharian hari ini dihabiskan dengan menghadiri seminar dan pembentangan di Hotel Nikko, Hanoi. Bersarapan seawal jam 6 pagi dan kemudiannya pada jam 8:30 pagi diteruskan dengan acara perasmian dan pembentangan seterusnya sehingga ke petang. Sebenar malam 28hb Mei 2013 sesi pertama telah dimulakan dengan pendaftaran dan pembentangan. Semasa mendapat atur acara terkini daripada urusetia semasa mendaftar malam tadi, diberitahu bahawa slot aktiviti kembara ilmu pada hari kedua nanti ialah aktiviti ke Halong Bay. Wah... nampaknya sampai jugalah ke Halong Bay. Tak perlu lagi mencuri masa nak ke sana.
 
Hari ini sebenarnya sempat juga menjengah ke pasar Dong Xuan semasa seminar berehat pada waktu tengahari. Dekat saja dari Hotel Nikko. Dengan teksi tidak sampai pun 10 minit. Dan masih juga sempat menghadiri seminar sesi petang walaupun terlewat selama 30 minit. Tugas rasmi ini mesti ditekuni dengan taat.
 
Di pasar ini banyak sungguh kain-kain ela yang dijual di tingkat 2. Tetapi orang lelaki manalah tahu menengok kain-kain ini. Hanya teman-teman perempuan sahaja yang bersungguh-sungguh membeli dari satu gerai ke gerai yang lain. Berjenis kain yang dipotong 4 meter dan dibeli mereka. English cotton kata mereka. Murah juga kata mereka. Adoyai...
 
Selepas selesai seminar pada pukul 5 petang, pergi pula ke kawasan Old Quarter. Wah... ini memang kawasan pelancong. Banyak kedai tersusun dari satu lorong ke satu lorong. Suasananya memang meriah. Sempat membeli poskad dan setem di sini untuk diposkan ke Malaysia. Tetapi setakat entri ini disiarkan hari ini, nampaknya poskad-poskad ini masih belum diterima sesiapa lagi nampaknya.
 
 
Walaupun makan malam ada disediakan pada pukul 7 malam di hotel, kami memilih untuk makan di luar sahaja kerana ingin merasa makanan Vietnam. Terus mencari restoran Nisa dan makanan di situ. Musik yang dipasang  menjadi latar belakang di restoran sungguh klasik kedengarannya. Lagu-lagu Melayu zaman P Ramlee dahulu. Sungguh 40an dan 50an rasanya. Di restoran ini juga ada dijual telekung.
 
 
Selesai makan, keluar sahaja dari restoran itu, terdapat beberapa orang penjual barang telah menunggu kami dan beria-beria cuba menjualkan barangan seperti baju, dompet dan barang-barang kraf yang lain. Dan mereka menerima ringgit Malaysia.
 

 
Akhirnya termakan juga kami dengan pujuk rayu mereka yang bersungguh itu. Belilah juga beberapa barangan yang mereka jual itu. Dan sempat pula bergambar dengan Than, seorang yang menjual barangan kulit.
 
Heee...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...