Perlawanan kumpulan A.
Pagi ini perlawanan kumpulan A peringkat terakhir. Perlawanan terakhir untuk mendapatkan mata tertinggi dan kedua tertinggi untuk layak ke suku akhir. Greece melawan Russia dan Czech melawan Poland pagi pada pukul 2:45 pagi nanti. Berbanding malam-malam sebelumnya, peminat Euro boleh tidur dahulu sebelum bangun pada pagi nanti, kerana semua perlawanan terakhir peringkat kumpulan selepas ini dijadualkan pada pukul 2:45 pagi.
Pasukan dalam kumpulan A mana yang akan melangkah bergaya ke suku akhir? Setakat ini Russia dan Czech merupakan dua pasukan yang mengumpul mata tertingg: Russia 4, Czech 3. Berlaku kejutankah dari Poland dan Greece yang masing-masingnya dengan 2 dan 1 mata?
Bola itu bulat...
Kemaskini perlawanan: Greece 1 - Russia 0, Czech 1 - Poland 0
Tiada ulasan:
Catat Ulasan