Rabu, 27 Jun 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 10: Catatan dari Praha

Catatan dari Prague


Perjalanan dari Paris ke Praha mengambil masa selama lebih kurang 15 jam dengan bas eurolines dari stesen bas Paris Gallieni. Owh.. Sungguh banyak perhentian di singgah untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Hentian terakhir mengambil penumpang ialah di Strousbourg. Mengiring ke kiri. Mengiring ke kanan. Melunjur kaki. Menyila panggungkan kaki. Segalanya dibuat untuk mengelakkan kelenguhan dalam bas ini.

Dan akhirnya sampai di stesen bas Florence Praha pada jam 4.30pagi. Dan pada waktu itu, suasananya telah cerah terang benderang mengalahkan Sabah dan Sarawak pada pukul 6:30pagi.

Setelah membersihkan diri lebih kurang di toilet stesen bas itu yg mengenakan bayaran euro 0.40, mula menapak mengusung backpack yg berat itu mencari Hotel Karlin zang telah diaimkan tetapi tidak ditempah itu. Setelah jumpa hotel itu di jalan Slokovia, reception mengatakan tiada kekosongan. Aduh! Di Prague ini, kami belum menempah hostel kerana jadual perjalanan yang tidak tetap. Beberapa hostel yang ditemui penuh. Akhirnya mengambil keputusan untuk mencuba hostel di stesen Florenc. Ada kekesongan dan kami dibenarkan untuk mendaftar awal. Lega. Dan bilik berdua yang berkongsi kemudahan bilik air dan dapur itu nampaknya sangat selesa.

Catatan ini mendahului catatan dari Paris kerana Hostel ini menyediakan kemudahan komputer percuma pada pelanggannya. Akan kemaskini sepenuhnya catatan ini apabila selesai Jelajah Eropah 2012 nanti.


2 ulasan:

Lee N. Rufus berkata...

Boleh bagitau tak nama hostel tu?

Kasturi Azzuri berkata...

Hotel Florenc, berhampiran dengan stesen bas Prague

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...