Selasa, 24 Disember 2013

Senandung Gajah Putih Bertahun Baru - Nota 2: Memuat Naik Mood Bercuti

 
 
Hari ini: uploading vacation mood....
 
Esok: terbang dengan MH788 dari KLIA  Sepang ke  Lapangan Terbang Suvarnabhumi... semoga Allah izinkan.
 
Mengapa bukan Air Asia? Hahahah... tidak sanggup menghadapi kerenah Air Asia itu. Kalau Malaysia Airlines pergi ke destinasi yang hendak dituju itu, eloklah guna Malaysia Airlines. Lagi pun dapat membeli tiket promosi harga murah Malaysia Airlines. Lebih kurang sama sahaja harganya dengan Air Asia yang sentiasa menyusahkan itu. Tiada kos tersembunyi. Ada makanan, berat bagasi 30kg, pilihan tempat duduk percuma dan lapangan terbangan yang lebih selesa. Oppps... terpromosi pula Malaysia Airlines.
 
Daftar masuk telah buat dalam talian semalam petang dan memilih tempat duduk 8F. Tepi tingkap katanya. Tapi semasa mendaftar masuk itu, terperasan yang ejaan nama tersalah taip pula. Ada tambahan huruf vocal 'a' pula pada nama itu. Erk... tapi boleh saja daftar dalam talian itu diteruskan. Tapi esok akan pergi ke Pejabat Tiket Mas untuk membetulkan ejaan. Takut tertahan pula di Imigresen Thailand kerana ejaan nama yang tersilap itu. Satu hal pula nak menyelesaikannya nanti.
 
Di Bangkok akan tinggal di Take A Nap. Mudah di situ. Entri yang lepas dah dicatatkan. Ada sarapan yang halal, berhampiran stesen BTS Sala Daeng dan MRT Sam Yat. Dan yang penting ada wifi percuma yang kelajuannya boleh tahan.
 
Mudah-mudahan tiada demontrasi yang bukan-bukan di Bangkok nanti. Mudah-mudahan semua lancar dan tidak menyusahkan. Mudah-mudahan semuanya baik-baik hendaknya.
 
 Ameen...
 


Nota: gambar peta diambil dari laman sesawang internet dan mungkin mempunyai hak cipta


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...