Hari Natal.
Malaysia bercuti sempena hari natal.
Selamat bercuti pada hari ini pada semua rakyat Malaysia.
Sekadar mengingat Nabi Isa A.S seperti yang disebut dalam Al Quran -
Surah Ali ‘Imran: 45-47
"(ingatlah) ketika malaikat
berkata: "Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar yang
mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan
semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam,
seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang
yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata
kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa,
dan ia adalah dari orang-orang yang soleh. Maryam berkata:" Wahai Tuhanku!
Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh
oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya,
Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila ia berkehendak melaksanakan
sesuatu perkara, maka ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah Engkau ', lalu
menjadilah ia."
Surah Al-Ma’idah: 116-117
Surah An-Nisaa’ ayat 157-158
"Dan juga (disebabkan) dakwaan
mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya Kami telah membunuh Al-Masih Isa
Ibni Maryam, Rasul Allah". padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak
memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang
yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). dan Sesungguhnya orang-orang yang
telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam
keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu
pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan
semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya Dengan yakin. bahkan Allah telah
mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana."
Nota: Gambar diambil dari laman sesawang internet dan mungkin mempunyai hak cipta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan