Isnin, 16 Disember 2013

Big Bad Wolf 2013 lagi



Pergi lagi ke jualan Big Bad Wolf ini pada hari terakhirnya semalam.
 
Kunjungan kali ketiga sebenarnya. Dan berhabis lagi sekitar RM200 lebih. Tidak mengapalah. Boleh mendapat pelepasan cukai. Semalam banyak membeli novel. Jeffrey Acher dan John Grisham. Sekadar menambah koleksi tang ada dalam almari buku. Entah bila akan dibaca. Heee...
 
Sebelum itu pada kunjungan kali kedua ke Big Bad Wolf, terjumpa buku ini -
 
 
Mario Lopez's Knockout Fitness.
 
Rasanya ini buku fitness yang bagus. Ada rutin senaman dan ada pemakanan serta diet yang patut diikuti. Paling penting, harganya hanya RM12.00 sahaja. Terus diambil satu dan dimasukkan dalam kotak yang dipenuhi dengan novel-novel lain itu. Kononnya ingin dicuba rutin dalam buku ini. Supaya lebih sihat untuk berjalan dan melangkah dengan lebih jauh.
 
Tetapi rasanya sesiapa yang bercita-cita hendak mempunyai sixpack seperti Mario Lopez ini -
 
 
patut mencuba rutin yang ditunjukkan dalam buku ini. Heee...
 
Mari kita lihat sedikit klip video daripada Mario Lopez mengenai rutin beliau -
 
 
 
 
Selamat menjadi sihat....

Dan... Ya, tahun ini tiga kali kunjungan ke Big Bad Wolf dibuat!



Nota: Gambar dan klip video diambil dari laman sesawang di internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...