Ahad.
23hb Disember 2012.
Ya. Masih lagi cerita mengenai pasar hujung minggu Chatucak.
Dalam perjalanan balik ke stesen MRT Sam Yan. Kali ini menuju arah bertentangan dari Bang Sue - arah Hua Lamphong. Tetapi sebelum memasuki stesen MRT Kamphaeng Phet, ada gerai menjual air. Owh... bukankah itu teh tarik?
Erk... teh tarik Chatucak? Atau teh tarik Thailand? Teruja melihat teh tarik dibuat di pasar ini. Tapi.. bukankah ini patutnya warisan Malaysia? Teh tarik dan roti canai?
Err... Kalau Malaysia tidak cepat-cepat menuntut teh tarik ini sebagai warisan dari Malaysia, suatu masa nanti Thailand akan menuntutnya sebagai warisan Thailand. Kementerian-Kementerian yang berkenaan cepatlah berbuat sesuatu.
nota: gambar dan klip video milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan