Ahad, 30 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 6

 
 Isnin
 
24hb Disember 2012.

Hari ini membeli pas sehari BTS kerana hendak menggunakan BTS seharian daripada pagi hingga malam. Harga pas sehari 130 Thai Bhat. Agak berbaloi rasanya kalau dalam sehari itu berulang alik menaiki BTS ke utara, selatan, timur dan barat Bangkok. Kalau tersalah arah atau stesen pun tidak mengapa. Tidak perlu membeli tiket yang lain, selain memudahkan kerana tidak perlu sentiasa beratur menukar syiling dan kemudian berkomunikasi pula dengan mesin tiket BTS membeli tiket yang betul.
 
Destinasi pertama ke stesen Phya Taksin. Menuju ke Tambangan sungai Chao Phraya. Bukan untuk menaiki sampan sepanjang sungai itu, hanya ingin menyusuri jalan menuju ke Royal Orchid Sheraton, mencari Pejabat Pos Besar Thailand. Dalam perjalanan boleh juga melihat Masjid Harun dan kedai-kedai sekitar. Malangnya, Pejabat Pos itu dalam pengubahsuaian besar. Sepertinya pembinaan semula sahaja. Tetapi urusan biasa pos masih dibuat di sebuah bangunan bersebelahan. Sempat membeli kolesi setem diraja Thailand sempena sambutan ulangtahun Raja Bhumipol.
 
 
 
  
Hahaha... bersusah payah menapak dan berpusing-pusing mencari pejabat pos besar. Dan sepanjang perjalanan itu beria-ia pemandu tuk tuk menawarkan perkhidmatan mereka. Tapi... tidaklah.. lebih baik menapak. Boleh melihat lokal dengan lebih dekat.
 
Dan lagipun tidaklah sejauh mana.
 
 
 
Kemudian terus ke stesen Nasional Stadium. Ke MBK. bertingkat-tingkat bangunan ini dijelajahi. Memang banyak barang yang boleh dibeli di sini. Seolah-olahnya Chatucak versi berhawa dingin dalam bangunan! Dan makan tengahari di restoran Yana di tingkat 5 MBK. Restoran halal. Arghh tension... dipenuhi dengan ramai orang Malaysia dan Indonesia rasanya. Nasib baik ada satu meja kosong. Tetapi kerana datang seorang diri di restoran ini, terasa diperhatikan mata-mata pengujung lain. Ouch...
 
 
Makan lewat tengahari - nasi goreng USA. Hah! ada juga nasi goreng itu di Bangkok!!
 
Malamnya pula pergi ke kawasan Arab di Bangkok. Masih menggunakan pas sehari BTS. Dari stesen Sala Daeng, berhenti di Siam dan menukar tren ke Nana. Sememang seperti Bangkok bertukar wajah menjadi dunia Arab. Agak lama berjalan-jalan dan menghabiskan masa di kawasan ini sebelum balik ke Hostel Take A Nap untuk tidur.
 
Nota: gambar-gambar milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...