Ahad, 23 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 3


 
 
Semalam.
 
Dari stesen MRT Sam Yan yang berhampiran hostel Take A Nap, terus menuju ke pasar Chatucak. Turun di stesen Kamphaeng Phet dengan harga tiket Thai Baht 40. Kalau naik MRT, jangan tertipu dengan satu stesen sebelum stesen Kamphaeng Phet, iaitu stesen Chatucak Park. Kalau turun di situ, kena berjalan sedikit untuk ke pasar Chatucak. Dan Naik dari stesen  MRT Sam Yan menuju ke arah Bang Sue. Bukannya arah Hua Lamphong ya. Apabila sampai di stesen Kamphaeng Phet, keluar melalui exit 2. Betul-betul nanti akan berada di pintu masuk Chatucak.
 
 
 
Lebih daripada setengah hari dihabiskan di sini membelek gerai-gerai dan barang-barang yang pelik dan jarang dijumpai yang ada di sini. Hasilnya, sejumlah poskad untuk diposkan dan beberapa helai sarung Thailand yang dibeli. T-shirt, walaupun murah, sudah tidak hendak beli sebab sudah banyak t-shirt daripada Jelajah  Eropah 2012 pada bulan Jun yang lepas.
 
Semasa balik, membeli empat kebab dari sebuah gerai halal yang ada di pasar itu... untuk makan tengahari dan malam. Hahaha...
 
Malam ke kawasan Silom dan singgah untuk urutan thailand tanpa minyak. Sejam hanya Thai Baht 250. Sungguh lega lenguh-lenguh kaki akibat berjalan seharian di Chatucak.
 
Jam 10 malam waktu Thailand terus terlelap di Take A Nap...
 
 
 
Nota: gambar-gambar milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...