25hb Disember 2012.
Hari terakhir di Bangkok. Penerbangan pulang MH781 pada jam 7.55 malam waktu Bangkok. Masih ada waktu untuk merayau-rayau. Dalam pukul 10:30 pagi bersiap-siap untuk mendaftar keluar hostel. Tetapi beg besar itu ditinggalkan di Take A Nap sementara menunggu petang.
Untuk menghabiskan masa, memutuskan untuk ke Siam Discovery. Ke Madame Tussauds Bangkok. Bukanlah tidak pernah ke tempat patung lilin ini di London dan Hong Kong. Sengaja ini melihat kelainan yang ada di Bangkok. Bayaran masuk lebih kurang 800 Thai Bhat.
Owh... ada Cristiano Ronaldo.
Dan ada Tun Mahathir Mohamed juga di sini.
Cumanya Madame Tussauds ini tiada seksyen patung-patung seram seperti di London dan Hong Kong.
Selepas menghabiskan masa di Siam Discovery, berjalan ke MBK untuk makan tengahari di Yana Restauran. Hari terakhir ini memesan tom yam dan teh ais. Authentic Thailand tom yam seafood.
Selesai makan, berjalan-jalan lagi di MBK sehingga pukul 3 petang lebih, barulah ke Take A Nap mengambil beg dan menunggu teksi ke lapangan terbang Suvarnabhumi.
Oleh kerana Thailand tidak bercuti pada hari Natal, perjalanan ke lapangan terbang agak mengambil masa kerana pukul 4 lebih itu ialah waktu keluar pejabat bagi Thailand. Suasana di jalan menjadi sesak. Apapun selamat sampai di lapangan terbang dalan pukul 5 petang lebih. Mendaftar masuk MH781 di kaunter L, melepasi imigresen thailand dan pemeriksaan keselamatan dan terus menuju ke pintu D5 untuk balik ke Malaysia. Alhamdullilah, penerbangan tidak tunda. Bye-bye Bangkok. Dan pukul 11:10 malam selamat mendarat ke KLIA.
nota: gambar-gambar milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta.
1 ulasan:
wah.. bestnya...
Catat Ulasan