Khamis, 14 Julai 2016

KRABI: I, MYSELF & ME (Nota 3 - Menunggang Gajah, Hot Stream, Blue Pool dan Emerald Pool)


Walaupun banyak juga tapak sesawang yang tidak menyarankan aktiviti menunggang gajah atas alasan kemanusian selain daripada kekejaman latihan yang dilakukan ke atas gajah, yours truly tetap juga mengambil pakej ini yang bersekali dengan lawatan ke Emerald Pool, Blue Pool dan Hot stream semasa percutian solo di Krabi.  Pakej ini berharga 800 baht. Bermula kurang 9:00 pagi sehingga lebih kurang 3:00 petang. Dan tanpa makan tengahari. Walaupun dalam gambar nampak yours truly tersenyum lebar, dalam hati rasa bersalah sangat dengan aktiviti menunggang gajah ini.

Aktiviti menunggang gajah ini sebenarnya tidak sampai pun  20 minit. Gajah akan dibawa menyusuri denai dalam hutan atau sahaja belukar. Dan juga dibawa masuk kolam air. Basah!! Jadinya cukuplah hanya berselipar getah saja untuk aktiviti ini. Bijak pula gajah-gajah ini mendengar arahan pelatihnya melalui jalan-jalan dalan hutan itu.

Sebelum aktiviti menunggang gajah yang merupakan aktiviti akhir pakej ini, kami di satu van yang mengambil pakej ini dibawa ke Hot Stream dahulu. Lebih kurang 40 minit di hot stream sempatlah berendam dalam kolam air panas yang sebenarnya tak semegah pun. Tapi keterujaannya sebab kolam itu di luar negara. Pandai sungguh orang Thailand mempromosi tempat ini. Terjumpa dengan beberapa kumpulan orang Malaysia di sini. Sempat duduk-duduk meminum air kelapa dan makan buah rambutan di sini.


Selepas Hot Stream ke Blue Pool dan Emerald Pool. Kedua-dua kolam biru dan hijau ini di tempat yang sama. Sungguh biru dan hijau warna air dalam kolam-kolam itu. Tapi perlu berjalan jauh ke dalam. lebih kurang 15 minit juga. Blue Pool lebih jauh lagi ke atas. Nasib baik mempunyai trek yang cantik dan elok untuk ke Blue Pool. Sekiranya datang dengan pakej yang diambil di Krabi, apabila sampai ke sini, lebih baik berjalan dahulu ke Blue Pool yang jauh ke atas itu. Kemudian barulah turun semula ke Emerald Pool. Apabila sampai di Blue Pool, memang akan kagum air berwarna biru dan suasan di situ yang tenang dengan bunyi-bunyi fauna hutan, terutama kalautidak ramai yang ke situ kerana tempat yang jauh ke atas. Dan jangan lupa bertepuk tangan apabila berhadapan denga kolam itu. Pusaran air akan kelihatan di tengah kolam apabila  bunyi tepukan kedengaran. Di kolam ini dilarang mandi. Cuma untuk melihat pemandangannya sahaja. 





Kemudian turunlah semula ke Emerald Pool. Dan bagi yang pertama kali sampai, Emerald Pool yang sebenar itu ialah yang jauh sedikit ke dalam. Kolam di dalam itu lebih besar dan hijau. Bukan yang dijumpai apabila memasuki kawasan tersebut. Di sini pengunjung dibenarkan mandi manda. Dan kawasan ini lebih ramai berbanding di Blue Pool. Mungkin kerana dibenarkan mandi di sini. Walaupun tidak mengambil pakej dengan makan tengahari, makan tengahari boleh sahaja di beli di kawasan luar Emerald Pool. Ada beberapa gerai halal bagi pengunjung muslim.

Satu hari yang penuh aktiviti di Krabi. Dan kepenatan apabila tiba di Good Will Hotel di Aonang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...