Ahad, 8 Februari 2015

Misi mencari Doraemon 2014 - Nota 2 (Dari KUL ke NRT)



14hb November 2014 - 24hb November 2015
Tokyo, Kyoto dan Osaka

Lapangan terbang Narita.

MH088 mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Narita seawal 6:30pagi. 

Dan kumpulan seramai 18 orang itu memang mengambil benar-benar masa berjalan menuju ke kaunter imigresen sehingga akhirnya menjadi kumpulan penumpang yang akhir melalui laluan ke kaunter imigresen dan bagasi.

Sempat mengambil giliran ke tandas di lapangan terbang itu seorang demi seorang dan sempat juga menunjukkan rasa takjub sesama sendiri dengan  kemudahan dan kebersihan tandas di situ. Sungguh bersih dengan pelbagai butang untuk pancuran air dan suhu panas boleh laras untuk tempat duduk. Malah lengkap pula dengan arahan dan gambar sebagai arahannya.

Memanglah terkagum dibanding dengan tandas di KLIA. Belum lagi membandingkan kemudahan untuk bayi dan kanak-kanak yang disediakan di situ. Ohh KLIA ku...




Menjadi kumpulan terakhir dalam laluan ke kaunter imigresen, kumpulan itu sempat juga bergaya sakan sesama dalam laluan tersebut sehinggalah akhirnya sampai ke kaunter imigresen.  Hampir 45 minit juga beratur di situ. Tetapi barisan bergerak sentiasa bergerak dan semua berjaya melepasi imigresen Jepun.

Yee haa... mendapat sticker masuk ke Jepun untuk 90 hari dan kali pertamanya tanpa perlu visa Jepun dalam pasport. Terus menuju ke kaunter bagasi dan mendapati beg-beg telah siap disusun di tepi karausel. Mungkin kerana kumpulan itu berlambat-lambat di tandas dan sempat pula bergambar di dinding yang tertulis besar 'Welcome to Narita'.

Setelah melepasi kaunter kastam secara berkumpulan, kami keluar ke ruang luar balai ketibaan disambut dua orang pelajar Malaysia di Jepun yang akan menjadi pemandu kami di Tokyo, sambil mencari-cari jalan untuk ke membeli Kanto Pass yang hanya dijual di Lapangan terbang itu sebelum menuju ke hostel di Asakusa. Kaunternya hanya dibuka pada pukul 9 pagi. Makanya kumpulan 18 orang itu melepaklah di depan kaunter itu dan menjadi perhatian warga Jepun yang lalu lalang untuk urusan harian di situ.

Apa pun, selamat datang ke Tokyo!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...