Sempena 50 tahun Muzium Negara, Pos Malaysia membuat keluaran khas setem dan sampul hari pertama Muzium & Artifak pada 31hb Ogos 2013. Keluaran setem ini katanya mempunyai thermochromic ink. Sekiranya dakwat ini dikenakan pada suhu +-37 darjah celcius, akan kelihatan artifak di setem tersebut. Dan bagi yang ke Muzium Negara pada hari Kemerdekaan, boleh membeli keluaran itu pada hari itu dan membatalkan dengan cop pembatalan khas tertera 'Muzium Khas'. Bagi jualan biasa, keluaran ini dijual pada 2hb September 2013 di pejabat-pejabat pos. Cop pembatalan biasa hanya tertera 'Kuala Lumpur', atau nama pejabat-pejabat pos yang dibeli keluaran itu.
Jom lihat reka bentuknya -
set setem
lembaran setem
sampul hari pertama
cop pembatalan biasa pada 2hb September 2013 di Pejabat Pos Kuala Lumpur
cop pembatalan khas pada 31hb Ogos 2013 di Muzium Negara sahaja
Jangan lupa mengunjungi pejabat pos anda untuk membeli keluaran ini pada 2hb September 2013 ini...
Nota: gambar-gambar diambil dari laman sesawang Pos Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan