Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan pada 7hb Ogos 2013, malam, bahawa 1 Syawal 1434 ditetapkan pada 8hb Ogos 2013. Sesungguhnyalah tidak dapat memahami kenapa siaran pengumuman itu di TV1 pertu 'dibawakan' oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Sangat pelik. Di TV3 pula siaran itu ditaja oleh CIMB Islamic. Tidakkah urusan Raja-Raja Melayu dan urusan Seri Paduka Baginda patut bebas daripada tajaan mana-mana pihak. Pelikkan.
Apapun, selamat hari raya Aidilfitri Al-Mubarak. Semoga semua amalan sepanjang Ramadan 1434 diterima Allah SWT dan kita dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadan yang akan datang. Maaf zahir dan batin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan