20hb - 26hb Februari 2013.
Rabu hingga Selasa.
Kembara Angkor akan bermula pada minggu depan. Kami - akan pergi bersama Encik Moon - selama 7 hari. Kami akan menginap di Jasmine Lodge semasa di Siem Reap.
Dan di hotel butik - Hotel Monsoon di Phonm Penh.
Kedua-dua tempat penginapan ini ditempah melalui Agoda.com. Telah menyisipkan permintaan agar daftar masuk di Jasmine Lodge dapat dibuat awal kerana penerbangan Air Asia itu dijadual tiba seawal jam 7:30 pagi di Siem Reap, selain permintaan agar diberi bilik tidak merokok dan katil berkembar. Harapannya semua permintaan yang disisipkan itu dapat dipenuhi Jasmine Lodge. Di Hotel Monsoon pula hanya menyisipkan permintaan bilik tidak merokok, katil berkembar, dan biliknya di aras bawah (kerana berdasarkan tips daripada pengunjung hotel ini di tripadvisor, hotel ini tidak mempunyai lif). Harapnya Hotel Monsoon dapat penuhi permintaan yang tidak seberapa ini. Ngee...
Hujung minggu ini perlu menukar duit riel dan dollar Amerika. Tapi berdasarkan tips orang ramai, riel tidak dapat ditukar di sini. Perlu bawa dollar Amerika ke Cambodia dan tukarkan ke sana kerana tiada pengurup wang yang ada Riel. Dan lagi, katanya dollar Amerika digunakan dengan meluas. Agak-agak, Ringgit Malaysia laku tak di sana?
Owh... dan perlu juga mendaftar masuk penerbangan Air Asia pergi dan balik.
Semoga Allah memudahkan perjalanan ini.
Ameen.
Nota: gambar-gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan