Ahad.
7hb Oktober 2012.
Hari ini ke Batangas.
Kos agak mahal. Namun bila memikirkan yang kami telahpun sampai ke Filipina, terasa rugi pula sekiranya tak ke sana. Sengaja tidak memilih ke Tagaytay kerana kami hendak ke pantai. Dan rasanya cukuplah kami melihat kawah gunung berapi di Tangkuban Perahu di Bandung dulu. Sebenarnya rasa tak larat nak berjalan di lereng gunung dan mengharung debu. Hee.. Dan kononnya hendak ke pantai di Batangan kerana hendak mandi laut.

Bertolak seawal jam 7 pagi. Kami juga membawa sepersalinan pakaian untuk mandi laut. Perjalanan mengambil masa lebih 2 jam. Cuma kerana hari ini hari Ahad, jalannya tidaklah sesak. Owh... Apabila sampai di Batangas jalan hendak ke Eagle Point sangat curam. Kami terpaksa menukar kenderaan untuk ke sana. Pemandu yang membawa kami dari Hostel Malvar ke Eagle Point menyatakan yang untuk ke sana perlukan pemandu yang cekap dan terlatih kerana jalannya yang curam. Pada kami, curam dan mengerikan. Nasib baik hanya duduk dalam kereta. Kalau ke Tagaytay mungkin kena berjalan sendiri. Kalau melihat kepada gambar-gambar pelancong ke Tagaytay, ada yang menunggang keldai. Demi ingin mandi laut. Kami harungi kengerian curamnya lereng dan jalan ke Eagle Point.
Malangnya, apabila tiba di sana kami dapati pantainya itu berbatu-batu. Bukannya pantai yang berpasir seperti jangkaan kami. Terkempunanlah kami ingin mandi di pantai.Tetapi kami tidak dapat nafikan yang pemandangan lautan di situ memang cantik. Tambahan pula kawasan ini agak ekslusif tanpa orang ramai menjadikan suasananya aman damai dan tenang tanpa hiruk pikuk suara manusia. Amat tenteram dan mendamaikan.

Kami menghabiskan masa sehingga petang menikmati pemandangan lautan sebelum balik semula ke Manila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan