Jumaat, 1 Jun 2012

Cukai Jalan Tamat Tempoh

Ouch...

Ketika sibuk mempersiapkan diri untuk Jelajah Eropah 2012, baru terperasan yang cukai jalan untuk kembara kesayangan tamat tempoh pada Sabtu 2 Jun 2012. Esok!

Berkira-kira sama ada hendak memperbaharui cukai jalan itu hari ini, atau menunggu Isnin minggu depan 4hb  Jun 2012. Atau menunggu 10 Julai 2012 selepas Jelajah Eropah selesai. Jahat sungguh niat untuk melengah-lengahkan itu. Akhirnya, diputuskan untuk diperbaharui hari ini. Esok Sabtu. Cuti. Dan Cuti Yang DiPertuan Agong. Jabatan Pengangkutan Jalan ditutup. Dan bank yang menyimpan geran kembara pun ditutup juga. Bergegas-gegas sebelum rehat tengah hari Jumaat mencari pemandu yang dapat membantu menghantar ke Kajang untuk ke cawangan Bank Rakyat.

Di kaunter 8 bank itu, tersentak juga dbuatnya bila bayaran yang kena dibayar hampir RM500. Insuran oh insuran.. Kenapalah begitu mahal premiumnya untuk kereta yang hutangnya itu telah hampir dilangsaikan. Bayar sajalah. Kalau tidak, tidak dapat pula cukai jalan itu. Kalaulah lebih murah, boleh juga lebihan duit itu ditukar ke nilai Euro dan Sterling. Bukan rezeki untuk dibawa ke Eropah nampaknya.

Selesai urusan cukai jalan, bergegas-gegas pula ke bangunan sebelah menuju ke TM Kajang. Menguruskan penamatan streamyx. Perkhidmatan itu tidak diperlukan lagi di Raudhah Kasturi kerana Raudhah Kasturi telah ada Unifi. Sepatutnya telah lama dulu ditamatkan. Tapi sentiasa berlengah-lengah. Akibatnya, perkhidmatan itu tetap perlu dibayar berbulan-bulan lamanya walaupun tidak digunakan. Kata staf khidmat pelanggan TM, dalam tempoh 3 hari perkhidmatan streamyx akan ditamatkan. Kuranglah bil yang perlu dibayar bulan depan.

Owh.. Terima kasih tuan AA kerana menolong menghantar ke kawasan Kajang yang sibuk itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...