Isnin, 14 Mei 2012

Di mana kad kreditku?


Oh tuhan!! baru terperasan semasa mahu mengisi minyak kereta di stesen minyak yang satu slot dalam dompet yang selalunya ada kad kredit hsbc itu kosong. Mana pula diletakkan kad itu. Sepanjang ingatan sejak bayaran bulanan pada 1hb Mei dahulu, kad itu tidak pernah lagi digunakan. Tersalah letak atau memang ada kecurian? Berdebar-debar rasa hati. Kalaulah hilang kad itu, dan ianya diguna orang lain tanpa belas ehsan, betapa banyaknya yang harus dibayar nanti kepada bank.

Sampai di rumah, pantas menyelongkar almari, laci dan backpack deuter yang selalu di bawa ke sana sini itu. Tak jumpa juga. Tiada pilihan nampaknya. Terpaksa membuat panggilan ke call centre hsbc. Buat laporan kehilangan kad. Mujurlah ikut cakap khidmat pelanggannya tiada apa-apa perbelanjaan yang dikenakan ke atas kad yang hilang itu. Maksudnya, kad itu tidak disalahguna oleh sesiapa. Syukur... alhamdullah. Tapi caj penggantian kad baru RM50 perlu dibayar.

Benarkah hilang atau tersalah letak?

Terpaksa menunggu sehingga 2 minggu sebelum kad baru diterima. Sempatlah sebelum Jelajah Eropah 2012 bermula.


Kemaskini: kad baru telah diterima pada 22 Mei 2012


nota: gambar sekadar hiasan dari laman web hsbc





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...