“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!” - Travel3Sixty
Jangan bongkak dan takbur. Tuhan membalasnya tanpa diduga.
Ahem....
Belangkasuwa QZ8501..
Rabu, 31 Disember 2014
Berpetualangan Di Tanah Jawa: Nota 2
Isnin, 22 Disember 2014
Berpetualangan di Pulau Jawa 2015: Nota 1
Esok.
23hb Disember 2014 hingga 29hb Disember 2014.
Berpetualangan di Pulau Jawa.
Dari Kuala Lumpur ke Surabaya dengan penerbangan Air Asia. Dari Surabaya ke Penanjakan ke Bromo ke Pasir Berbisik ke Savannah ke Batu ke Sarangan ke Tamuwangu ke Karanganyar ke Solo ke Klaten dan ke Jogjakarta dengan Toyota Avanza. Dari Jogjakarta ke Bandung ke Jakarta dengan keretapi dan kembali ke Kuala Lumpur penerbangan Malindo.
Moga Allah mempermudahkan perjalanan ini.
Ameen.
Nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta
Nota 2: Kemas kini pada 31 Disember 2014
Khamis, 4 Disember 2014
Mamma Mia!
Teater ini datang lagi ke Malaysia.
Walaupun pada awal tahun ini digembar-gemburkan teater musikal ini akan dipentaskan di Istana Budaya, nampaknya pada akhirnya teater ini dipentaskan di Plenary Hall, KLCC. Bukan di Istana Budaya. Dan memang teater ini tiada dalam kalendar aktiviti pementasan Istana Budaya walaupun pada awal tahun ada dalam kalendarnya.
Walaupun pada awal tahun ini digembar-gemburkan teater musikal ini akan dipentaskan di Istana Budaya, nampaknya pada akhirnya teater ini dipentaskan di Plenary Hall, KLCC. Bukan di Istana Budaya. Dan memang teater ini tiada dalam kalendar aktiviti pementasan Istana Budaya walaupun pada awal tahun ada dalam kalendarnya.
Jadi marilah membuat janji temu dengan teater musikal ini di Plenary Hall KLCC dari 18hb - 21hb Disember 2014 nanti. Tiket telah ditempah bagi pementasan pada hari terakhir 21hb Disember 2015. Walaupun telah pernah menyaksikan pementasan ini di Novello Theather, Aldwych London Jun tahun lepas, terasa ingin pula menyaksikannya di Malaysia dan melihat sama ada terdapat perbezaannya bagi pementasan yang sedang 'touring Asia' ini.
Apapun jom jumpa di sana...
Sabtu, 11 Oktober 2014
Ayutthaya by Train 2014: Nota 3
Jumaat.
19hb September 2014.
Ayutthaya.
Ramai yang turun di stesen Ayutthaya. Sebuah stesen comel yang nampaknya sibuk juga orang ramai.
Di stesen, tercangak-cangak juga melihat sekeliling. Ada signboard yang menerangkan kempat-tempat yang boleh dilawati di Ayutthaya. Yang terfikir ketika itu, bagaimana mahu ke tempat-tempat bersejarah di Ayutthaya. Rupanya ada ramai pemandu tuk-tuk di stesen menawarkan perkhidmatan ke tempat bersejarah di Ayutthaya. Harga kenalah tawar-menawar dengan pemandu-pemandu itu. Ada yang mengambil sehingga 300 baht sejam.
Sebenarnya perjalanan ke tempat-tempat itu tidaklah jauh mana pun. Cuma apabila sampai, pemandu tuk-tuk itu akan menunggu kita melihat-lihat tempat itu selama setengah jam atau pun sejam. Bayaran itu lebih kepada bayaran menunggu sebenarnya. Ada juga yang keluar dari stesen dan mencari basikal untuk disewa. Tentulah lebih murah kalau mengayuh basikal. Tapi memandangkan matahari tegak atas kepala, kami ambik tuk-tuk saja. Tidak sanggup mengayuh basikal dalam terik matahari. Jangan melawan kekuatan alam. Hahah...
Tiket keretapi untuk balik ke Bangkok kami putuskan untuk dibeli semasa balik ke stesen Ayutthaya nanti kerana kami tidak pasti berapa lama kami akan habiskan masa menjengok dan membelek batu-batu di Ayutthaya.
Dalam tengah-tengah rembang Jumaat itu, pemandu tuk-tuk membawa kami melawat Wat Chaimonkhon. Sebuah wat yang ada Sleeping Budha dan ada sebarisan pepatungan Budha di sekeliling tersebut. Pada kala orang sibuk bersolat Jumaat, sibuk pula kami membelek Budha di wat ini. Aduhai... Menangis ibu bapa dengan kelakuan anak-anak ini.
Ya ampun...
Kemudian ke Elephant Village. Kami tidak menyokong penganiayaan gajah. Jadi kami tidak lama di sini. Dan kami tidak juga menunggang gajah di sini. Selepas itu, ke Wat Mahathat. Soroton utama di Wat ini ialah kepala Budha yang terselit di celah-celah akar pokok.
Peraturan mengambil gambar di sini ialah tidak boleh berdiri mengatasi ketinggian kedudukan kepala itu, perlu duduk supaya sama aras dengan kepala Budha sebagai tanda hormat - masuk kandang lembu, menguak, masuk kandang kambing, mengembek. Tiada ada kaitan dengan dengan akidah dan agama.
Selepas itu ke Wat Phra Si Sanphet yang terkenal dengan tiga stupa menjulang ke langit. Dan sekali lagi dibawa ke Budha baring di sebuah taman. Terlupa namanya.
Itu ialah tempat terakhir lawatan ke Ayutthaya. Dalam terik matahari itu, memang terasa terbakar kulit, sungguhpun kami berpayung - pinjam payung yang ada dalam tuk-tuk. Pemandu tuk-tuk cuba mencadangkan agar kami balik ke Bangkok dengan minivan kerana keretapi pada hari itu mengalami kelewatan dan lambat. Tapi kami bersungguh menyuruh dia membawa kami ke stesen Ayutthaya semula.
Dalam pukul 4.15 kami sampai ke stesen keretapi. Nasib kami baik kerana sempat membeli tiket keretapi yang akan tiba dalam tempoh 3 minit saja lagi. Harga balik ke Bangkok ialah 20 baht seorang. Keretapi akan sampai di platform 4, dan kami perlu melintas track keretapi untuk ke platform 4 di seberang stesen utama. Nasib baik masih bersama kami apabila keretapi sampai, tidak ramai penumpang. Kami mendapat tempat duduk dan tidak perlu berdiri. Lega dapat duduk lepas berjalan hampir 4 jam.
Cumanya, dalam perjalanan balik tidak ramai penjual berulang-alik dalam koc.
Cumanya, dalam perjalanan balik tidak ramai penjual berulang-alik dalam koc.
Selamat kembali ke Bangkok.
Khamis, 2 Oktober 2014
Ayutthaya by Train 2014: Nota 2
Jumaat.
19hb September 2014.
Selepas sarapan, kami menapak ke stesen MRT Sam Yan. Hanya lebih kurang 7 minit berjalan cara kami - terkedek-kedek dengan slow and steady - sampailah ke stesen MRT. Semua stesen MRT akan membuat pemeriksa keselamatan dan perlu melalui pintu scanning. Hanya perlu buka zip backpack untuk disuluh dan dilihat oleh pengawal sambil berjalan menuju ke kaunter tren.
Di situ beli token biru ke Stesen Hua Lamphong. Boleh beli di kaunter. Atau boleh juga beli di mesin.
Di mesin pembelian tiket, boleh tekan icon bendera UK untuk pilihan bahasa Inggeris, masukkan duit baht dan taadaa...token biru keluar beserta baki baht sekiranya menggunakan duit besar. Dan kami menunggu di platform arah ke Hua Lamphong sebagai stesen MRT terakhir. Hanya satu stesen saja kami sudah sampai ke stesen itu.
Keluar tren, berjalan ke arah stesen keretapi mengikut tanda arah yang di stesen itu. Terus kami ke kaunter tiket. Sambil membelek-belek papan tanda besar berwarna biru yang ada tertulis nama-nama tempat dan waktu-waktu, seorang pekerja stesen keretapi menegur kami - where you go? Kami menjawab 'Ayutthaya'.
This is arrival, this side is departure. Ayutthaya at 9:25. now 9:25. Not enough time. Next train 10:20. Buy ticket at counter. Dan keretapi terakhirnya pada pukul 9:20 malam katanya. Huh! Sejam juga kena menunggu di stesen ini selepas kami membeli tiket pada harga 15 Baht seorang. Koc kelas 3 tanpa seat bernombor. Dan tanpa aircond juga. Harapnya tidak kena berdiri.
Di stesen keretapi ada disediakan tempat untuk bersolat rupanya.
Dan keretapi ke Ayutthaya itu memang telah menunggu sejak pukul 10 pagi lagi di platform 8 Stesen Hua Lamphong itu. Dan nasib kami baik kerana masih ada seat kosong. Tidak perlu berdiri. Ramai juga orang putih dalam keretapi ini. Rasanya semua menuju ke Ayutthaya. Dan sementara menunggu waktu keretapi bergerak, sungguh ramai penjual makanan menaiki keretapi menjual makanan dari depan ke belakang. Sungguh terasa kembali ke zaman keretapi Tanah Melayu dulu-dulu.
Keretapi ini berlepas lewat 30 minit.
Gelisah juga menunggu dalam koc sementara menunggu keretapi berlepas. Panas dan panas dan berpeluh! Dan panas. Tapi bersabar untuk pengalaman yang satu ini. Akhirnya pukul 10:50 ia bergerak.
Lega.
Terasa angin menyapa pipi menghilangkan peluh. Hahah!
Banyak juga stesen kecil yang keretapi ini berhenti. Dan penjual-penjual makanan masih lagi gigih berulang-alik menjual. Hinggalah akhirnya dari kejauhan telah ternampak dari luar tingkap bentuk-bentuk stupa menjulang ke langit yang kebiruan itu. Ketika itulah juga warden keretapi berjalan sambil menyebut 'Ayutthaya... Ayutthaya... next station'.
Tiba-tiba terasa teruja.
Selamat datang ke Ayutthaya! Dengan keretapi...
Isnin, 29 September 2014
Sayang Sarawak Sungainya Sempit
11hb-16hb Ogos 2014.
Perjalanan 'Sayang Sarawak Sungainya Sempit' sebenarnya suatu perjalanan bertugas rasmi. Beberapa mesyuarat perlu dihadiri dengan beberapa jabatan. Dari Kuala Lumpur ke Bintulu dan kemudiannya ke Kuching, sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Perjalanan 'Sayang Sarawak Sungainya Sempit' sebenarnya suatu perjalanan bertugas rasmi. Beberapa mesyuarat perlu dihadiri dengan beberapa jabatan. Dari Kuala Lumpur ke Bintulu dan kemudiannya ke Kuching, sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Di Bintulu, dalam kesibukan bermesyuarat dengan beberapa jabatan kerajaan yang berkaitan, dapat juga menyempatkan diri bertamu di Tamu Bintulu dan menjejak Esplanade Bintulu sebelum terbang ke Kuching dengan Mas Wing. Dan hightlightnya tentulah aktiviti menonton wayang di City Point, Bintulu. Hercules 2. Pilihan tempat duduk dipilih secara manual atas kertas. Hahah!
Dan sempat merasa makanan malam di kedai Seribu Bintang yang terkenal di daerah itu. Banyak juga pilihan makanan dan minumannya. Dari seasli Sarawaknya seperti umai dan sagu hingga semoden burger dan chicken chop!
Di Kuching setelah bermesyuarat di Unimas, sebelum pulang, sempat ke Kampung Budaya Sarawak. Walaupun telah berkali-kali ke Kuching, inilah kali pertama ke situ. Menarik dan mengagumkan. Walaupun terpaksa meredah hujan dalam perkampungan itu.
Sesiapa yang ke Kuching, wajar ke sini menghayati dan mengagumi budaya kita yang kaya dan tersendiri.
Ahad, 28 September 2014
Ayutthaya by Train 2014: Nota 1
Khamis.
18hb September 2014.
Sungguhpun nama perjalanan by train, sesungguhnyalah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bangkok bukanlah dengan tren. Dari Kuala Lumpur ke Bangkok sebenarnya kami terbang dengan MH776. Harga pergi balik ke Bangkok dengan Malaysia Airlines ini hanya RM367.00 sahaja. Siapa yang dapat menolak harga promosi ini?
Perjalanan dari KLIA dengan MH776 pada jam 6:50 petang memang tepat pada waktunya dan kami sampai di Lapangan Terbang Suvarnbhumi tepat pukul 8 malam waktu Thailand. Keterujaan kembali ke Bangkok begitu terasa. Jauh di sudut hati, ada suatu rasa kegembiraan dapat kembali ke sini.
Seperti perjalanan terdahulu ke Bangkok, kali ini juga kami memilih hostel Take A Nap di jalan Rama IV. Mudah di sini. Berdekatan dengan dua stesen tren - BTS di Sala Daeng dan MRT di Sam Yan. Dan disertai dengan sarapan halalnya yang tidak seberapa itu, tetapi memadai untuk kami. Sesampai di hostel, penjaga kaunter wanita itu dengan wajah ceria dan mesranya menyapa - welcome back - terkedu seketika... hahaha
Kami tidak ke mana-mana malam itu kerana hujan membasahi bumi Bangkok. Menghabiskan masa dalam bilik sambil menonton rancangan berbahasa Thailand, kami perlu berehat malam ini kerana esok kami merancang untuk melihat bandar lama Ayutthaya. Perjalanan secara sendiri tanpa agen dan tour.
Dan tentulah perjalanan ke Ayutthaya itu dengan keretapi Thailand yang akan dinaiki di Stesen Hua Lampong.
Khamis, 11 September 2014
Mari Berboria
Trip singkat Mari Berboria bermula hari ini hingga Sabtu 13hb September 2014 nanti.
Perjalanan 3 hari 2 malam. Dan tentulah dengan penerbangan Malaysia Airlines. Mari menyokong MAS.
Tujuan sebenar menghadiri mesyuarat jabatan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Moga dapat menyempatkan diri dalam kesibukan itu untuk berboria di Komtar dan Perangin Mall, Chowrasta dan singgah ke kedai nasi kandar terkenal Line Clear itu di celah-celah lorong itu. Semoga mesyuarat itu berlancar lancar dan cepat. Dan semoga urusan kerja selesai dengan jayanya. Baru boleh berboria tanpa rasa bersalah dan teringat itu ini.
Dan moga sempat membeli sebungkus dua jeruk Pak Ali nanti.
Moga dipermudahkan Allah.
Ameen.
nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta
Ahad, 31 Ogos 2014
Merdeka 57 Tahun
Selamat menyambut merdeka ke 57 tahun.
Sesungguhnyalah, di sini lahirnya sebuah cinta.
Semoga Allah sentiasa merahmati tanah ini dan melimpah rezeki, kesentosaan, kemakmuran, keselamatan dan keamanan kepada segenap lapisan rakyatnya.
Amin..
Sabtu, 30 Ogos 2014
Pra Hari Merdeka 57 Tahun
Sesunguhnyalah Malaya Tetap Merdeka!!
Malaya Merdeka dinyanyikan oleh Zaharah Agus
Isnin, 25 Ogos 2014
Ebola - menjauhi virus berbahaya
Virus ebola dikatakan sedang melanda dunia ketika ini.
Dan virus ini, setakat hari ini masih tidak ada penawar. Ambillah masa membaca maklumat mengenai virus ini dan cara menjauhinya bagi menjaga kesihatan diri dan orang yang disayangi.
Mudah-mudahan kita dijauhi dan sentiasa dalam lindungan Allah.
Ameen.
Selasa, 19 Ogos 2014
Mendoakan Gaza, Tebing Barat dan Palestin V
Sekadar usaha kecil kita bagi menunjukkan solidariti bersama saudara kita di Palestin.
Hanya sedikit usaha mengawal nafsu dan menjauhkan diri daripada produk yang tuan punya produk itu menyumbang kepada Israel dan menguatkan ekonomi Israel untuk membunuh anak-anak kecil, wanita, orang tua dan orang awam Palestin. Lagi pun ada pilihan lain untuk diminum, dimakan dan menyimpan wang.
Setakat yang termampu.
Demi Baitul Maqdis.
Demi kemanusiaan.
Demi Islam.
Lakukanlah setakat yang terdaya.
Lakukanlah selagi boleh.
Demi kemanusiaan.
Demi Islam.
Lakukanlah setakat yang terdaya.
Lakukanlah selagi boleh.
Jumaat, 1 Ogos 2014
Khamis, 31 Julai 2014
Mendoakan Gaza, Tebing Barat dan Palestin III
Syawal telah masuk hari keempat.
Tetapi Gaza menyambutnya dengan dentuman bom yang dibedil tentera Israel.
Dan mereka memang mensasarkan orang awam, kanak -kanak dan wanita. Terbaru mereka meletup sekolah yang dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebelum itu mereka membedil hospital, taman permainan kanak-kanak dan masjid. Alasan Israel - mereka hanya mempertahankan diri daripada tindakan Hamas kerana Hamas mengunakan kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam sebagai perisai manusia. Alasan yang langsung tidak dapat diterima akal apabila melihat jumlah korban dan kecederaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza. Terasa sangat sayu.
Teruslah mendoakan keselamatan Palestin.
Semoga Allah memberikan segala kekuatan jiwa dan kesabaran kepada rakyat Palestin di Gaza dan di Tebing Barat.
Semoga Allah selamatkan bumi barakah ini. Dan semoga Allah memberi kemenangan kepada orang-orang yang sabar.
Dan semoga Allah membalas kezaliman Israel itu.
Ameen.
Ahad, 20 Julai 2014
Belangkasuwa MH17
Merakamkan kesedihan atas kemalangan yang berlaku kepada MH17 yang telah ditembak jatuh oleh pengganas di ruang udara Ukraine pada 17 Julai 2014. MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Kejadian yang berlaku dalam tempoh tidak samapai empat bulan selepas kehilangan MH370. Memang malang.
Dan ramai yang menyalahkan Malaysian Airlines kerana menggunakan laluan yang dikatakan bergelora dengan konflik ketenteraan antara Russia dan Ukraine. Janganlah hanya mencari salah. Laluan itu telah diistihar selamat oleh ICOA dan badan aviation antarabangsa lagi. Malah banyak lagi syarikat penerbangan lain yang menggunakan laluan itu. Usahlah sibuk mencari salah siapa pada waktu berkabung ini. Selesaikan dahulu apa yang patut. Dan berikanlah sokongan kepada keluarga dan rakan-rakan penumpang yang terkorban. Selepas itu barulah tubuhkan jawatankuasa yang berkenaan untuk membuat siasatan menyeluruh mengenai tragedi ini.
Malaysia Airlines telah menamatkan penggunaan kod MH17 pada hari ini dan seperti amalan syarikat penerbangan lain terhadap kod penerbangan yang menerima nasib yang lain, menukarkan kod itu kepada kod MH19 bagi penerbangan sektor Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Malaysia Airlines telah menamatkan penggunaan kod MH17 pada hari ini dan seperti amalan syarikat penerbangan lain terhadap kod penerbangan yang menerima nasib yang lain, menukarkan kod itu kepada kod MH19 bagi penerbangan sektor Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Takziah kepada keluarga dan rakan-rakan penumpang MH17.
Semoga Allah merahmati semua penumpang yang terkorban dalam pesawat itu. Dan Semoga Allah merahmati Malaysia.
Dan yours truly masih sepenuh hati menyokong Malaysia Airlines sebagai penerbangan yang disukai.
Isnin, 14 Julai 2014
Piala Dunia 2014 - Hari Penutup
Jerman atau Argentina?
Hari ini 14hb Julai 2014, merupakan hari terakhir Piala Dunia 2014 di Brazil.
Siapakah juaranya? Brazil telah gagal ke perlawananan akhir. Separuh akhir yang memalukan antara Brazil dan Jerman. Kekalahan 7-1 dengan dengan Jerman adalah sangat malang sebenarnya. Katanya sebab tiada Neymar yang cedera semasa perlawanan suku akhir, memburukkan prestasi Brazil semasa peringkat separuh akhir dengan Jerman itu.
Jangan lupa saksikan pada awal pagi nanti perlawanan akhir antara Jerman dan Argentina. Ada skrin besarnya katanya di Dataran Merdeka dan Putrajaya meraikan perlawanan akhir ini. Mungkin ada ramai yang terus juga mengambil cuti pada hari ini. Apatah lagi esok ialah hari cuti Nuzul Quran di Selangor dan Putrajaya. Harapnya trafik di jalan raya pagi ini untuk ke tempat kerja lenggang dengan ramainya yang menyambung cuti hujung minggu dengan cuti Nuzul Quran.
Apa pun sebenarnya terasa sedikit sinis sebab pada kali ini edisi Piala Dunia 2014 berlaku dalam bulan Ramadan Kareem, dan ketika rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat diserang bertalu-talu dengan serangan udara oleh Israel... Moga Allah memberikan semangat dan kekuatan dan kemenangan kepada pejuang Palestin.
Sebenarnya semua pasukan yang yours truly sokong semuanya telah kalah awal-awal lagi. England, Itali dan juara bertahan Sepanyol. Jadinya jangan marah tiada kemas kini Piala Dunia musim ini. Heee...
Semoga pasukan terbaik menang.
Rabu, 9 Julai 2014
Mendoakan Gaza, Tebing Barat dan Palestin II
Terus mendoakan keselamatan Palestin.
Moga Allah memberikan kekuatan jiwa dan kemenangan kepada Palestin.
Ameen...
Nota: Gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta
Selasa, 8 Julai 2014
Mendoakan Gaza, Tebing Barat dan Palestin
Allah Maha Besar!
Israel dilaporkan menyerang Gaza bersungguh-sungguh sejak malam semalam.
Ketika umat Islam Palestin berpuasa.
Dalam bulan Ramadan Kareem.
Serangan udara dilaporkan dilakukan ke atas rumah orang awam yang tidak bersenjata. Semuanya konon disebabkan untuk membalas dan mencari siapakan yang menculik dan membunah tiga orang remaja Israel di Gaza. Palestin membalas dengan mengatakan bahawa tiga orang 'remaja' itu sebenarnya tiga tentera Israel.
Baca lanjut mengenai serangan itu di sini.
Lebih daripada itu, sebenarnya itu semua sandiwara Israel yang tidak bersetuju dengan penyatuan Hamas dan Fatah untuk mentadbir Palestin.
Moga Allah memberikan segala kekuatan kepada Palestin mempertahankan diri dan memberikan kejayaan kepada orang mukmin.
Ameen...
nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta.
Isnin, 7 Julai 2014
Air Asia Tergelincir
Ngeri apabila atendan udara menjerit ketakutan.
Pesawat Air Asia AK278 tergelincir landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang tadi. Baca di sini dan di sini. Paling tidak tahan dengan kenyataan - Passengers panic when an attendant starts shouting - dalam laporan itu. Entah apa agak latihan yang diajarkan di akedemi latihan Air Asia itu. Sepatutnya atendan kapal terbang itu bertindak profesional dan memberikan keyakinan kepada penumpang. Sebaliknya dia pula membimbangkan dan menakutkan penumpang.
Mungkin para penumpangnya tidak membayar lebih untuk perkhidmatan kecemasan yang lebih profesional.
Apa pun bersyukur penumpang selamat.
Sabtu, 5 Julai 2014
Nabi Isa vs Nabi Muhammad
Terjumpa dan suka dengan video ini.
Penerangan yang mudah dan jelas tentang salah faham dan tohmahan mengenai Nabi Muhammad SAW dan Islam. Tonton dan fahami faktanya agar kita tidak terpengaruh dengan dakwaan jahat terhadap Junjungan Besar yang dikasihi dan Islam yang dicintai.
Suka!
Selamat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan Nabi Isa AS dan Nabi-Nabi dalam Islam.
Selamat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan Nabi Isa AS dan Nabi-Nabi dalam Islam.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Ameen
Jumaat, 4 Julai 2014
Ops Qaseh: Bersedekah dan Berbuat Baik
Kalau kita tidak mahu menderma atau bersedekah atau berbuat kebaikan kepada orang lain, janganlah kita menghalang orang lain yang ingin menderma, bersedekah atau berbuat baik. Kadang-kadang menjadi tidak faham dengan manusia yang pelbagai kelakuannya. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan Kareem yang digalakkan bersedekah dan memperbanyakkan amalan kebaikan kerana balasan pahala yang berlipat kali ganda. Mungkin operasi seperti Ops Qaseh boleh dimulakan pada bulan lain. Bulan yang biasa-biasa agar tidak mencerminkan kita ini menghalang orang mukmin yang ingin bersedekah, berderma, atau berbuat kebaikan daripada melakukannya.
Baca di sini dan di sini. Alangkah...
"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya). Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)."
"Seest thou one who denies the Judgment (to come)? Then such is the (man) who repulses the orphan (with harshness), And encourages not the feeding of the indigent. So woe to the worshippers. Who are neglectful of their prayers. Those who (want but) to be seen (of men), But refuse (to supply) (even) neighborly needs."
Al Maun: 1-7
Semoga Allah merahmati Malaysia, pemimpin-pemimpinnya dan kita semua rakyat marheannya.
Ameen...
Al Maun: 1-7
Semoga Allah merahmati Malaysia, pemimpin-pemimpinnya dan kita semua rakyat marheannya.
Ameen...
Rabu, 2 Julai 2014
Irama Songkran - Nota 2: Klip Video
Simbah menyimbah dan simbah kuyup terakam dalam kepingan gambar dalam klip video ini. Orang tua bermain air...
Nota 3 dan nota akhir bagi perjalanan ini akan menyusul kemudian.
Ahad, 29 Jun 2014
Selamat Bersahur dan Selamat Datang Ramadan 1435
"Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti yang telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, agar kamu menjadi orang yang bertaqwa'
(Al Baqarah:183)
Selamat datang.
Bulan yang penuh berkat dan kemuliaan menjengah lagi.
Selamat meraikan kedatangan Ramadan al-Mubarak. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga puasa, dan semua amalan ibadah lain yang dibuat dalam bulan ini diterima dan diberikan ganjaran berlipat ganda.
Mohon maaf atas segala kata-kata yang tidak menyenangkan dalam blog ini.
Selamat bersahur pada malam pertama Ramadan...
p/s - gambar diambil dalam laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta
Sabtu, 28 Jun 2014
Pasport yang Paling Hebat
Pemegang pasport United Kingdom, Sweden dan Finland boleh ke 173 negara tanpa perlu memohon visa terlebih dahalu. Mereka boleh berlenggang-kangkung membeli tiket penerbangan dan terus memasuki 173 negara itu hanya dengan menggunakan pasport yang mereka miliki sebagai dokumen perjalanan. Hebat dan mudah.
Pemegang pasport Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Hanya kurang 10 negara dari pemegang pasport United Kingdom, Sweden atau Finland, pemegang pasport Malaysia boleh ke 163 negara tanpa visa. Boleh sahaja bila-bila terasa hendak ke luar negara, terus membeli tiket penerbangan dan terbang ke salah satu daripada 163 negara itu. Tambahan pula proses membuat pasport di Jabatan Imigresen Malaysia sekarang sangat cepat. Hanya beberapa jam sahaja pasport biometrik berkualiti tinggi untuk tempoh dua atau lima tahun akan siap berada di tangan. Syabas Imigresen Malaysia.
Menurut laman sesawang ini - info graphics - how powerful is your passport - lebih daripada hanya suatu kebenaran untuk memasuki sesebuah negara, pasport sesebuah negara itu mencerminkan hubungan geopolitik dan perhubungan sesebuah negara dengan negara yang lain serta kedudukan negara itu dibandingkan dengan negara lain di dunia.
Di rantau Asean, pemegang pasport Singapura boleh ke 167 negara, Brunei ke 146 negara, Thailand ke 68 negara, Filipina ke 58 negara, Indonesia ke 53 negara, Timor Leste ke 47 negara, Cambodia ke 46 negara, Laos ke 45 negara, Vietnam ke 44 negara dan Myammar ke 40 negara, tanpa visa.
Eh, Indonesia yang merdekanya 10 tahun lebih awal daripada Malaysia dan selalu hendak 'ganyang Malaysia' itu hanya boleh ke 53 negara tanpa visa? Eh... biar betul. Tentu sukar hendak ke Eropah dan Schengen Area . Sedangkan rakyat Malaysia hanya tinggal beli tiket penerbangan dan angkat beg ke lapangan terbang menuju London, Paris, Amsterdam, atau mana-mana negara Schengen. Hebat pasport Malaysia.
Bangga menjadi warganegara Malaysia!
Isnin, 23 Jun 2014
Kembara Tiga Masjid - Nota 3
24hb Januari - 7hb Februari 2014.
Nota lain akan menyusul. Inshaa-Allah...
Perjalanan ke Tiga Masjid suci dalam Islam selamat dilakukan.
Masjid Al Aqsa, Masjid Al Haram Makkah, dan Masjid Nabawi Madinah.
Harapannya moga umrah yang dilakukan ini diterimaNya.
Klip gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebagai penceritaan awal.
Masjid Al Aqsa, Masjid Al Haram Makkah, dan Masjid Nabawi Madinah.
Harapannya moga umrah yang dilakukan ini diterimaNya.
Klip gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebagai penceritaan awal.
Nota lain akan menyusul. Inshaa-Allah...
Ahad, 22 Jun 2014
Di Bawah Lindungan Kaabah II
Sabtu.
3:00 petang.
17hb Mei 2014.
Panggung Sari, Istana Budaya.
Walaupun telinga masih sakit akibat jangkitan, tetap juga gigih ke Istana Budaya untuk menyaksikan bagaimana karya besar Hamka ini diterjemahkan dalam bentuk teater dalam pesembahan petang matinee.
Hmmm... agak kecewa. Dan tidak adil untuk karya sebesar itu diterjemahkan sebegitu terutama bagi babak para jemaah haji yang perlu bermalam di Muzdalifah dengan ada unsur LGBT dalam lakonan Zahid AF sebagai tuan dan Adi Putra sebagai peneraju teater. Walaupun mungkin penerbit dan pengarah ingin ingin mewujudkan rasa lelucon bagi mencuit rasa penonton, tetapi tidak kena tempatnya. Teater ini patutnya padat dan sarat dengan falsafah, keagamaan dan unsur kemanusiaan yang tinggi.
Suasana keindonesian yang pekat dalam karya besar ini juga gagal diterjemah dengan baik oleh pengarahnya. Latar belakangnya sangat terkini dengar unsur kampung Malaysia. Dan di manakah suasana tahun 1930-an yang melatari novel besar ini? Alangkah baiknya jika latar 30-an dan suasana keindonesian itu terselit dalam teater ini dan kekal sepanjang pementasan. Penonton rasanya menjadi keliru dengan latar belakang, cara percakapan dan gerak tari pelakonnya.
Mungkin boleh diperbaiki sekiranya karya sebesar ini ingin dipentaskan lagi.
Maaf, ulasan yang terlewat.
Maaf, ulasan yang terlewat.
Jumaat, 13 Jun 2014
Piala Dunia 2014 - Hari Pembukaan
Piala Dunia Fifa 2014 bermula hari ini di Brazil.
Majlis pembukaannya dijadual pada lebih kurang pukul 2:00 pagi waktu tempatan.
Diikuti perlawanan pembukaan antara tuan rumah Brazil dengan Crotia pada pukul 4:00 pagi waktu tempatan. Ramai penyokong Brazil juga di Malaysia. Dan tentu ramai juga bersengkang mata bangun awal untuk menyaksikan sepak mula pagi ini.
Bagi yang kabur dengan pertandingan ini, terdapat 64 perlawanan dengan 32 pasukan semuanya yang terlibat. 32 pasukan ini dibahagi kepada 8 kumpulan dan dinamakan kumpulan A hingga H. Mereka akan berlawanan sesama mereka dalam kumpulan masing-masing sebelum juara dan naib juara kumpulan mara ke pusingan kalah mati di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir. Pertandingan ini diadakan setiap 4 tahun sekali dengan pertandingan terakhir piala dunia ini diadakan pada tahun 2010 di Afrika Selatan dan Sepanyol menjadi juara piala dunia pada masa itu. Err... jangan pula kelirukan diri anda dengan pertandingan Euro 2012 yang juaranya juga Sepanyol. Euro juga pertandingan bola antara pasukan di Eropah. Diadakan setiap 2 tahun sekali.
Melihat senarai kumpulan itu nyatalah Malaysia tercinta tidak termasuk. Heee... Makanya kita hanya mengadap perlawanan-perlawanan itu melalui siaran tv sahaja.
Yours truly hanya menantikan perlawanan pasukan England, Sepanyol dan Itali. Itupun tidak pasti sama ada sanggup bersengkang mata bangun awal pagi semata-mata nak tengak bola. Adoyai... waktu perlawanan tidak menyebelahi diri yang makin menjadi veteran dan keperluan bekerja demi sesuap nasi dan menambah dana perjalanan ke luar negara.
Apapun maklumat dan gambar-gambar menarik menarik perlawanan boleh diperoleh di laman sesawang Fifa ini.
Selamat bangun awal pagi dan selamat bersengkang mata demi bola!
Jumaat, 23 Mei 2014
Tari Mahsuri Berlagu Muay Thai - Nota 1
Khamis.
8hb April 2014.
Penerbangan Firefly yang sepatutnya pukul 1 tengahari itu, telah dibatalkan dan digantikan dengan penerbangan lain pada pukul 3:20 petang. Sementara menunggu di balai berlepas Skypark Subang itu, hujan turun menderu-deru. Tetapi sempat reda pada pukul 3 petang. Tiba-tiba terasa seriau mengenangkan pesawat ATR mengharung hujan. Tapi syukurlah...tiada gegaran yang pelik-pelik ketika penerbangan dari Subang ke Langkawi. Sejam lima belas minit. Dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Padang Matsirat Langkawi. Banner sebesar alam mengalu-alukan kedatangan peserta IFMA Muaythai World Championship. Teruja!
Sementara menunggu beg sampai di karousel bagasi, singgah dulu ke kaunter sewa kereta. Hanya menyewa viva automatik dengan harga RM220 untuk 5 hari. Cukuplah untuk seorang. Depositnya RM50. Dan yang menjaga kaunter itu memberitahu esok bermula Pesta Air Langkawi 2014. Erk... Muay Thai? juga berlangsung di sebelah Lapangan Terbang untuk tempoh bersisa hari ini dan esok. Owh.. hanya sehingga 9hb April 2014 saja. Bukannya 10hb April 2014. Tak apalah kalau hanya dapat mencelah menonton untuk sehari saja pun.
Selesai urusan sewa kereta, balik menunggu beg di karousel. dan terus keluar menunggu kereta sewa apabila beg sampai. Terus pandu ke Langkapuri Inn untuk mendaftar masuk. dan mujurlah kali ini tempahan tidak dibatalkan sebab En Moon telah menbuat bayaran bagi satu malam. EN MOON!! dia tidak jadi datang kali ni. Makanya berkeseorangan dan solo di Langkawi. Urusan daftar masuk lancar.
Terus ke bilik yang mengadap pantai dan benarlah... persiapan Pesta Air untuk esok sedang rancak dibuat di Pantai Cenang. Tidak apalah. Selepas lepas letak beg, terus keluar mencari makanan. Ke Laksa Power di tepi lapangan terbang. Pesanannya ialah laksa dan cendol pulut. Memang tahap dewa makan seorang diri di tempat awam sebegitu. Hahah...
Selepas itu bergegas pula ke Mahsuri Exhibition Center untuk cuba melihat MuayThai pada petang itu. Sempat diberitahu petugas di sana bahawa hari ini pertandingan separuh akhir dan esok pertandingan akhir. Dan semunya boleh ditonton percuma. Pertandingan akhir esok akan bermula pada pukul 1:00 tengahari. Aishhh... takkan mula pada waktu orang tengah sembahyang Jumaat adik oi? Saya tak apa sebab saya ni musafir. Yang adik-adik ni macam mana? Mungkin mula lewat sikit dalam pukul 2. Cuma jadual ni saja dah tulis pukul 1 tengahari. Jelas petugas tu.
Hahah... kan dah kena sebijik.
Baik.
Esok akan datang pada pukul 2 petang. Lagipun pertandingan separuh akhir hari ini selesai. gelanggang telah gelap.
Excited menunggu esok.
Selasa, 13 Mei 2014
Tip Kembara: Biasakan Diri Dengan Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur
Kalau kembara secara backpack dan tidak guna travel agent, kita kenalah pandai menggunakan pengangkutan awam di tempat yang dituju itu. Jangan bimbang, banyak maklumat mudah diperoleh mengenai pengangkutan awam di luar negara melalui internet. Cuma kita perlu biasakan diri membuat penyelidikan dan memahami maklumat itu.
Satu cara yang baik setelah mendapat maklumat pengangkutan awam yang dikehendaki tu, cuba-cubalah praktiskan di Kuala Lumpur dahulu. Sebabnya sistem pengangkutan awam seperti LRT, Monorail, Komuter di Malaysia hampir sama sistemnya dengan kebanyakan negara luar. Daripada cara nak membeli tiket, n. memasuki platform, platform menunggu, stesen pertukaran tren, dan keluar stesen. Biasa-biasakan diri membaca tanda arah, simbol dan peta pengangkutan awam.
Ikut pengamatan yours truly setakat ini, sama ada di London, Berlin, Paris, Bangkok atau Singapura, sistem pengangkutan awam itu direkabentuk dengan cara yang lebih kurang serupa. Sistemnya lebih kurang sama. Tentulah ada satu atau dua perkara yang berbeza, macam di Berlin, sebaik membeli tiket di mesin, boleh terus naik tren. Tidak ada pintu-pintu sekatan yang perlu dimasukkan tiket dan tiada pun siapa yang memeriksa tiket itu sebelum memasuki platfrom. Tapi jangan pula tidak membeli tiket. Sekali-sekala tiket itu akan diperiksa dalam tren. Kalau tidak ada tiket, kenalah membayar denda.
Dan akhirnya, tentulah kena bertanya dengan orang tempatan. Tapi sekurang-kurangnya apabila kita biasa dengan sistem pengangkutan di sini, dan kita tahu membaca peta tren, kita boleh dengan pantas memahami cara dan sistem pengangkutan di negara luar. Kita juga jadi lebih yakin dan berani dengan pengangkutan awam yang kita naiki itu di negara luar sungguhpun kita berjalan solo.
Selamat mengguna pengangkutan awam!
Isnin, 5 Mei 2014
Tari Mahsuri Berlagu Muay Thai - Mukadimah
8hb - 12hb April 2014.
Mood bercuti ke Langkawi sedang dimuat naik.
Langkawi lagi. Heee..
Dan kali ini bersempena pula dengan penganjuran Muay Thai World Championship 2014 yang sedang berlangsung sejak 1hb Mei 2014 yang lalu hingga ke 10hb Mei 2014 di Langkawi. Lebih tepat di Mahsuri International Exhibition Center (MIEC). Acara ini merupakan satu daripada senarai panjang acara bagi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Memang telah dirancang percutian ini sebegitu.
Dan tentunya dengan penerbangan Firefly lagi.
Dan tentunya penginapannya di Pantai Cenang juga.
Dan sepatutnya pergi bersama Encik Moon. Tapi nampaknya, Tuhan tetapkan pergi berseorangan. Solo. Encik Moon ada urusan keluarga yang perlu dikendalikannya.
Gambar promosi yang sangat mengujakan dari laman Facebook IFMA Muaythai World Championship 2014. Mengharapkan sempat mengejar beberapa perlawanan di sana. Dan mungkin menyaksikan aksi final di sana. Dan merasai pengalaman melihat muay thai live.
Tidak sempat lihat di Bangkok, kejar yang di Langkawi pun jadilah. Hahah...
Insha-Allah.
Doa yang baik-baik bagi percutian ini.
Nota: gambar diambil daripada laman Facebook IFMA Muaythai World Championship 2014 dan mungkin mempunyai hak cipta
Label:
cuti,
Encik Moon,
firefly,
IFMA Muaythai World Championship,
kembara,
kembara solo,
langkawi,
Muay Thai,
tahun Melawat Malaysia 2014,
Tari Mahsuri Berlagu Muay Thai
Jumaat, 2 Mei 2014
Air 3
30 April 2014.
Pagi-pagi pergi bekerja bersiap siaga memastikan tong air di bilik air penuh. Tambahan pula hari ialah yang patut air dicatu di Bandar Baru Bangi setelah 2 hari, semalam dan kelmarin air menderu keluar dari kepala paip di sinki, walau pun ura-ura catuan air akan ditamatkan menjadi kencang setelah setiap petang hujan turun di Lembah Klang dengan lebatnya. Biarlah ura-ura itu. Kita tetaplah kena bersedia. Sediakan payung sebelum hujan. Tadahkan air sebelum kering. Heee...
Petang apabila balik kerja dan sampai di rumah, perkara pertama yang dibuat ialah membuka kepala paip di singki. Hah! air menderu keluar. Maknanya tiada catuan hari ini. Betullah berita itu. Sempat juga membuka berita di sini untuk pengesahan. Lega. Dan bersyukur kepada Allah. Harapnya krisis air ini berhenti pada hari ini - 30 April 2014. Sehingga 2hb Mei 2014, Bandar Baru Bangi ini menerima bekalan air seperti biasa tanpa catuan. Alhamdulillah. Dan harapnya keputusan menghentikan catuan ini berkekalan. Dan air tidak lagi dicatu walau pun Jabatan Meteorologi menjangkakan suhu panas dan kemarau akan berlaku lagi pada bulan Jun nanti kerana peralihan arah angin. Harapnya itu hanya jangkaan dan ramalan manusia sahaja. Sangat ngeri bila memikirkan tiada air pada bulan puasa nanti.
Jom berdoa pada Tuhan agar catuan sebegini tidak berulang lagi.
Rabu, 30 April 2014
Di Bawah Lindungan Kaabah
Teruja. Lagi.
Sebuah karya besar Hamka akan dipentas di Panggung Sari Istana Budaya.
Di Bawah Lindungan Kaabah akan dipentaskan pada 9hb - 18 Mei 2014.
Di Bawah Lindungan Kaabah ialah karya klasik Hamka zaman berzaman. Pertama kali karya ini terbit pada 1938 oleh syarikat nasional Hindia Belanda. Bayangkan betapa lamanya tahun 1938 dengan tahun 2014. Pengkritik sastera Indonesia mengatakan bahawa Hamka - bagi karya Di Bawah Lindungan Kaabah ini - telah menulis secara sederhana, tapi berjiwa.
Pementasan ini harus ditonton untuk melihat bagaimana sebuah karya agung dihidupkan di pentas teater. Karya ini pernah difilemkan di negara Indonesia sebanyak dua kali. Pada tahun 1981 dan tahun 2011 dengan tajuk yang sama. Tapi manakan sama filem dengan persembahan pentas. Bagi pementasan teater ini, karya ini akan dihidupkan dipentas oleh Dafi, Fizo Omar, Adi Putra, Zahid AF, Taufeq Izmer, Elfiro Loy, Nasha Aziz dan lagi, dan lagi... hahah. Ramai artis popular terlibat dengan karya agung ini.
Yours truly benar-benar teruja. Dan untuk karya ini, telah pun membeli tiket persembahan matinee pukul 3 petang, pada 17hb Mei 2014 nanti. Pada mulanya, yours truly ingat tiada persembahan matinee sebab ketika dilihat dalam talian di laman redtix.airasia.com, hanya jualan pementasan pukul 8:30 malam yang tersedia. Tetapi apabila dilihat lagi laman itu malam tadi, ada pula tayangan matinee, terus saja dibeli dalam talian tiketnya.
Bagi yang tiada idea siapa Hamka, googlelah nama itu, beribu laman sesawang menceritakan tentang beliau. Dan sekadar maklumat awal - nama penuh beliau ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah.
Jom tonton karya agung ini di Istana Budaya!
Langgan:
Catatan (Atom)