Skim Baru Perkhidmatan Awam. Itulah yang sekarang ini heboh dan terhangat dalam perkhidmatan awam Malaysia. Satu skim yang akan mengantikan skim perkhidmatan terdahulu iaitu Skim Saraan Malaysia. Ramai dalam kalangan kakitangan awam tertanya_tanya mengenai faedah SPBA ini. Adakah lebih baik dari SSM? Atau lebih buruk? Sebelum keluar pekeliling mengenai skim baru ini, Cuepacs telah mengadakan jerayawara kepada kakitangan awam mengenai kebaikan dan kelebihan skim baru ini. Tetapi sebaik keluarnya pekeliling JPA mengenai skim ini, Cuepacs menyatakan kekesalannya terhadap skim dan JPA. Bagaimanapun, kedua-duanya - Cuepacs dan JPA telah berunding. Dan akhirnya bersepakat tarikh akhir mengembalikan pilihan beralih kepada skim baru SPBA dilanjut sehingga 15 Januari 2012. JPA juga katanya bersetuju untuk membuat semakan setiap 3 bulan mengenai skim ini bersama Cuepacs.
Apapun, setiap sesuatu itu pasti boleh dilihat dengan dua malah lebih pandangan berbeza. Sepertinya sekeping syiling, ada yang melihat angka yang tertera, ada yg melihat bunga. Masing-masing berhak dengan pendapat dan pandangan masing-masing. Asalkan perkhidmatan kepada rakyat tetap diutamakan. Asalkan kebajikan rakyat tidak tergendala kerana perbalahan yang tidak sepatutnya.
Dan owh.. Tolonglah kawal kenaikan harga barang yang secara tiba-tiba telah melonjak. Kakitangan awam belum pun menerima lagi skim gaji baru itu. Hujung Januari 2012 nanti barulah gajinya. Bukan sekarang!! Jangan naik harga sekarang. Kawallah inflasi ini daripada berlaku. Kasihanlah pada rakyat marhaen ini.
Isnin, 26 Disember 2011
Jumaat, 23 Disember 2011
Tahun Baru 2012
Mitos orang Maya mengatakan tahun 2012 dunia ini akan menghadapi penamatnya. Kalaulah betul mitos itu, bersediakah kita? Tahun 2012 hanya beberapa hari sahaja lagi. Bersediakah kita meninggalkan tahun 2011 ini. Sempurna sudahkah semua azam tahun 2011? Atau seperti tahun terdahulu, azam itu dibawa bersama ke tahun baru setiap kali tahun baru itu menjelang? Apapun, selamat tahun baru dan selamat bercuti bagi yang menghabiskan cuti tahunan..
Jumaat, 7 Oktober 2011
Saigon 2011
29 September 2011 hingga 3 Oktober 2011.. menjejak kaki Saigon. Perjalanan 5 hari ini terakam di klip pendek ini...
Saigon, September -Oktober 2011 Slideshow: Kasturi’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Ho Chi Minh City, Vietnam was created by TripAdvisor. See another Ho Chi Minh City slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
Rabu, 17 Ogos 2011
Selamat Berpuasa, Nuzul Quran dan Menyambut Raya 2011
Sekadar ingin mengucapkan Selamat Berpuasa. Hari ini hari ke 17 berpuasa dan Hari Nuzul Quran. Bagi sesetengah negeri di Malaysia hari ini ialah hari cuti bagi meraikan Nuzul Quran. Jadinya selamat bercuti bagi yang bercuti. Ramai agaknya yang membeli-belah pada hari ini di Jalan Tunku Abdul Rahman. Owh.. dapat dibayangkan betapa sesaknya tempat itu pada waktu-waktu begini.
Sekarang ini menunggu 1 Syawal tiba. Selamat Hari Raya 2011...
Sekarang ini menunggu 1 Syawal tiba. Selamat Hari Raya 2011...
Jumaat, 22 Julai 2011
Selamat Pergi dan Selamat Kembali
Tarikhnya 9hb Julai hingga 15hb Julai 2011.
Melbourne, Australia July 2011 Slideshow: Kasturi’s trip from Sesyen 7, Bandar Baru Bangi (near Serdang, Selangor, Malaysia) to 4 cities Melbourne, St Kilda, Phillip Island and Klia, Sepang (near Salak Tinggi) was created by TripAdvisor. See another Australia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
Telah selamat berangkat ke Melbourne dengan MH149 dan selamat mendarat di Terminal 2 Lapangan Terbang Tulamarine, Melbourne pada pukul 7 pagi. Perjalanan selama 7 jam. Suhunya sejuk serendah 13 darjah celsius. Sempat juga menjejak kaki ke Philip Island dan Pantai St. Kilda. Menyaksikan tayangan sulung Harry Potter Part 2 pada malam pertamanya disiarnya di Australia. Malah pada hari terakhir sempat juga menonton Transformer 3D di Imax Melbourne. Layar sebesar 7 tingkat dan memang terasa Optimus Prime dan Bumblebee itu sebesar-besarnya di depan mata. Oh.. sebelum itu meneroka muzium Melbourne di bangunan yang sama.
Teruja. Seronok. Gembira. Dan suatu tambahan pengalaman yang manis dan mengindahkan.
Ahad, 3 Julai 2011
Hong Kong, Shenzen & Disneyland dalam Kenangan
Slideshow yang merakam seribu kenangan di Hong Kong, Shenzen dan Disneyland...
Hongkong, Shenzen & Disneyland Slideshow: Kasturi’s trip from Serdang, Selangor, Malaysia to 3 cities Hong Kong, Window of the World (near Shenzhen, Guangdong, China) and KLIA (near Salak Tinggi) was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
Menunggu 9hb Julai 2011
Yay... hari jadi paling manis agaknya tahun ni...
Kelulusan telah diperolehi. Semua dokumen yang diperlukan telah ditandatangani. Sekarang hanya menanti 9hb Julai 2011. Sabtu depan. Bukan. Bukan untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 atau Perkasa atau Patriot, tapi untuk ke KLIA. Ya. Perjalanan ke Melbourne pada 9hb hingga 15hb Julai telah telah diluluskan. Menanti harinya kini.
Marilah mencari maklumat mengenai tempat itu di sini http://www.visitmelbourne.com/ sebagai persediaan perjalanan ke sana.
Kelulusan telah diperolehi. Semua dokumen yang diperlukan telah ditandatangani. Sekarang hanya menanti 9hb Julai 2011. Sabtu depan. Bukan. Bukan untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 atau Perkasa atau Patriot, tapi untuk ke KLIA. Ya. Perjalanan ke Melbourne pada 9hb hingga 15hb Julai telah telah diluluskan. Menanti harinya kini.
Marilah mencari maklumat mengenai tempat itu di sini http://www.visitmelbourne.com/ sebagai persediaan perjalanan ke sana.
Khamis, 30 Jun 2011
Bersih dan Kuning
Benarkah bersih? Dan nampaknya warna kuning telah menjadi warna larangan. Menunggu dengan sabar 9hb Julai ini untuk melihat apakah yang akan terjadi pada hari itu. Lumpuhkah Kuala Lumpur pada hari itu? Sememangnya akan menjadi catatan hari ini dalam sejarah.
Err... masih bolehkah skuad harimau masih memakai baju warna kuning itu?
Rabu, 22 Jun 2011
Adakah akan ke Melbourne?
Satu jemputan telah dimajukan untuk satu lawatan kerja ke Melbourne, Australia pada Julai ini. Adakah dapat bersama rakan-rakan lain menyertai lawatan itu? Perasaan ingin turut serta itu ada.
Tapi.. entahlah. Tidak pasti sama ada akan diluluskan pergi. Harapannya dapatlah diberikan kelulusan itu.
Berharap dan menanti. Ianya memang suatu penyeksaan.
Tapi.. entahlah. Tidak pasti sama ada akan diluluskan pergi. Harapannya dapatlah diberikan kelulusan itu.
Berharap dan menanti. Ianya memang suatu penyeksaan.
Ahad, 12 Jun 2011
Selamat kembali
Selesai sudah percutian 5 hari 4 malam ke Hongkong, Shenzen, Disneyland pada 5-9 Jun 2011. Percutian yang meletihkan kerana perjalanan dalam group 17 orang dengan masing-masing membawa perangai dan sikap masing-masing. Tetapi tetap menggembirakan. Di Shenzhen, sempat ke 'windaw of the world' dan 'eyes of China', selain melihat persembahan kebudayaan China di situ.
Dalam suhu yang panas itu sempat juga meredah Disneyland Hongkong dari tengahari hingga ke malam... Esoknya ke Avenue of Stars seorang diri sebelum memulakan perjalanan ke lapangan terbang untuk balik ke Malaysia dengan MH73.
Dalam suhu yang panas itu sempat juga meredah Disneyland Hongkong dari tengahari hingga ke malam... Esoknya ke Avenue of Stars seorang diri sebelum memulakan perjalanan ke lapangan terbang untuk balik ke Malaysia dengan MH73.
Selasa, 31 Mei 2011
segala yang terdaya..
Seminggu dua ini, terasa keletihan yang teramat sangat. Rasanya seperti telah hilang segala upaya. Dan ada waktunya, terasa sedih. Amat sedih. Entahlah.. Telah lakukan segala yang terdaya. Terserahlah pada-Nya. Semoga Dia sentiasa merahmati diri ini dan memberikan kekuatan dan ketabahan yang diperlukan... Amin
Ahad, 15 Mei 2011
Tanjung Piai – titik selatan paling hujung benua Asia
Akhirnya.
Latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur.
Kaki ini menjejak juga titik selatan terhujung benua Asia ini ketika rembang tengahhari 1hb April yang lepas. Dari titik ini dapat dilihat Pulau Batam berbalam-balam dan Selat Singapura. Betapa hampirnya titik ini dengan dua negara jiran itu.
Sempat juga melihat ayam hutan berterbangan mencari makan dalam hutan bakau itu ketika kaki melangkah laju menuju ke hujung selatan benua Asia itu.
Latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur.
Kaki ini menjejak juga titik selatan terhujung benua Asia ini ketika rembang tengahhari 1hb April yang lepas. Dari titik ini dapat dilihat Pulau Batam berbalam-balam dan Selat Singapura. Betapa hampirnya titik ini dengan dua negara jiran itu.
Sempat juga melihat ayam hutan berterbangan mencari makan dalam hutan bakau itu ketika kaki melangkah laju menuju ke hujung selatan benua Asia itu.
Sabtu, 14 Mei 2011
Universal Studios, Singapore Jun 2010
Jun 2010, selepas selesai mengadakan suatu program rasmi pada hari Sabtu, kami telah ke Singapura pada esok harinya kerana ianya hari minggu. Dan telah singgah di Universal Studios di Sentosa Island. Kenangannya terakam di slide ini.
Universal Studios, Singapore 2010 Slideshow: Kasturi’s trip from Serdang, Selangor, Malaysia to 2 cities Johor Bahru and Sentosa Island was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
Rabu, 11 Mei 2011
Gunakan Bahasa Melayu yang betul
Bahasa Jiwa Bangsa.
Terkadang menjadi pelik apabila ramai yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Bukan sahaja semasa bercakap, tetapi juga semasa menulis. Terlalu banyak kecelaruannya sehingga nahu dan ejaan bahasa kebangsaan itu menjadi tunggang langgang dan sangat susah untuk difahami. Kecelaruan bahasa ini bukan sahaja dilakukan oleh orang perseorangan atau sektor swasta, malah kerajaan dan agensinya juga membuat kecelaruan yang sama dalam penggunaan bahasa. Entah ke mana agaknya mereka - pembuat-pembuat dasar - itu mencampak dasar yang mereka gubal mengenai bahasa apabila mereka sendiri yang mengutamakan bahasa asing dalam urusan rasmi mereka. Tiada jati diri!!
Dan owh... untuk mereka yang muda remaja dan yang berhati muda, yang selalu sahaja merekayasakan ejaan dalam bahasa Melayu dalam teks pendek yang dihantar melalui alat komunikasi, lihat dan tafsirlah video ini. Sekadar berkongsi rasa dengan beliau - ianya tidak comel!!
Ahad, 8 Mei 2011
Sutera Bidadari oleh Ramlee Awang Murshid
Selesai membaca novel ini pada 24 April 2011 setelah membelinya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)pada 23 April 2011. Pelancaran buku ini dijadual pada 30 April 2011 di Pesta yang sama. Ini merupakan edaran awal penerbit, hanya di PBAKL. Pengembaraan Laksamana Sunan disambung lagi menerusi novel ini. Dan owhh.. novel ini juga menerangkan mengenai asal usul makhluk drakul yang meminum darah manusia!! Adeh!
Novel ini merupakan buku kelima dalam sirinya - Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan Sutera Bidadari. Sepertinya akan ada buku yang keenam apabila dialog pengakhiran buku ini ditulis sebegini:
"Indera... bawalah kita terbang ke negeri Inderipuri dalam Lingkaran Hindi," pinta Saifudin.
"Sang Dewi menyerumu datang ke negeri Inderipuri dalam Lingkaran Hindi, Sunan?" Indera bertanya.
"Kita hendak menemui... Ratna. Sang Dewi itu adalah Ratna," jelas Saifudin
"Ratna Sang Ratu... mantan Ratu Sulaman kerajaan Pulau Utara," getus Indera.
"Siapa Ratna Sang Ratu?" Jantung Maryam berdetak akibat tujahan cemburu
"Dia... isteri kita, Maryam." Lemah longlai Saifudin memberitahu.
"Isteri kita dalam kesusahan kala ini," luah Saifudin lagi.
Tentulah pembaca setia kisah Laksamana Sunan ini tertunggu-tunggu bagaimana pula Laksamana itu mahu menyelamatkan isterinya Ratna yang telah disumpah menjadi batu itu kembali menjadi manusia. Dan rasanya itulah sambungannya sekiranya buku keenam ditulis nanti. Tetapi sambungan bersiri yang terlalu banyak pun rasanya kurang sesuai nanti.
Plot bagi Cinta Sufi dan Sutera Bidadari rasanya telah terlalu banyak bergantung kepada kebetulan dan keajaiban yang tidak dapat diterangkan secara munasabah. Cuma menggunakan alasan bahawa itulah kuasa tuhan seluruh alam bagi menerangkan kebetulan dan keajaiban sebegitu, tidaklah mencabar minda pembaca. Makanya, membaca novel ini setakat sebagai bacaan ringan bagi menghabiskan masa lapang walaupun plotnya sangat menarik dan fantasi serta imaginasinya hanya dibatasi "kuasa tuhan"- sekadar menggunakan alasan yang sama bagi menerangkan had khayalan yang mampu dicipta penulis. Jangan berfikir banyak tentang munasabah atau tidak sesuatu peristiwa yang dirungkaikan penulis. Terima saja seadanya peristiwa itu dan penjelasan mudah yang ditawarkan dalam novel ini. Ohh.. harus peminat Laksamana Sunan memarahi diri ini kerana membuat ulasan sebegitu.
Bagaimanapun novel ini dan sirinya harus dibaca kerana sememangnya ia merupakan sebuah epik perjalanan yang panjang dari tahun 1511 sehingga ke abad 21 ini. Sebuah pengembaraan fantasi dan imaginasi yang sebenarnya berjaya digarap dengan penuh rasa kejutan, cemas, sedih dan gembira. Dan rasanya tiada lagi penulis Melayu yang berjaya melakarkan plot sedemikian dalam karya mereka. Memang ini suatu kelainan. Bacalah...
Bagaimanapun novel ini dan sirinya harus dibaca kerana sememangnya ia merupakan sebuah epik perjalanan yang panjang dari tahun 1511 sehingga ke abad 21 ini. Sebuah pengembaraan fantasi dan imaginasi yang sebenarnya berjaya digarap dengan penuh rasa kejutan, cemas, sedih dan gembira. Dan rasanya tiada lagi penulis Melayu yang berjaya melakarkan plot sedemikian dalam karya mereka. Memang ini suatu kelainan. Bacalah...
Rabu, 4 Mei 2011
London Sepintas Lalu
September 2009.
Untuk kali ketiga London dikunjungi. Kali ini, ianya untuk menghadiri suatu kursus yang dianjurkan oleh RIPA International di Victoria Street, Westminster, London.
Kursus ini mengambil masa 2 minggu dan dijalankan semasa bulan puasa. Oh.. nasib baiklah di sana masa peralihan antara musim panas dan musim bunga ketika itu. Cuacanya sedang elok untuk orang yang berkulit sawo matang ini berada di sana.
Kali agak berbeza dengan dua lawatan yang terdahulu. Lawatan kali ini memberikan banyak masa untuk meneroka kota London secara sendirian. Dan kerana itu, sempat menonton teater Lion King di Lyceum Theater.
Selain itu sempat juga kaki ini menjejak ke stadium Stamford Bridge. Cumanya, tidaklah mengikut lawatan berbayar masuk ke stadium dan bilik persiapan pemain bola.
Semoga dapat lagi ke sana!!!
Untuk kali ketiga London dikunjungi. Kali ini, ianya untuk menghadiri suatu kursus yang dianjurkan oleh RIPA International di Victoria Street, Westminster, London.
Sempat melihat pengawal istana Buckingham |
Kali agak berbeza dengan dua lawatan yang terdahulu. Lawatan kali ini memberikan banyak masa untuk meneroka kota London secara sendirian. Dan kerana itu, sempat menonton teater Lion King di Lyceum Theater.
di hadapan Lyceum Theater |
Pertama kalinya dapat menonton teater di kota itu!! Sesungguhnya menonton teater Lion King itu di sana menjadi suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana teater itu bermula sebelum waktu buka puasa. Ya. Pengalaman berbuka puasa semasa sedang menonton teater di kota London. Sungguh tidak dapat dilupakan. Dan teater itu sendiri sebenarnya sangat mengagumkan kerana berjaya mengadaptasikan ceritanya berdasarkan movie animasi the lion king yang terkenal itu.
Selain itu sempat juga kaki ini menjejak ke stadium Stamford Bridge. Cumanya, tidaklah mengikut lawatan berbayar masuk ke stadium dan bilik persiapan pemain bola.
Semoga dapat lagi ke sana!!!
Selasa, 3 Mei 2011
Bintulu
Kali ini ke Bintulu dengan pesawat MH2742 pada 27 April 2011. Selama 3 hari ke sana. Tinggal di New World Suite. Hebat juga hotel baru ini. rekabentuk dan hiasan dalaman yang moden. Sangat moden. Dan berdekatan dengan bandar baru dan pusat membeli belah Parkcity.
Hari terakhir, pergi ke Tamu Bintulu untuk membeli ole-ole dari sana untuk staf di pejabat. Cuma membeli belacan Bintulu untuk mereka!! Hahah.. entahlah sama ada staf-staf yang muda dan belum berkahwin itu makan atau tidak belacan!!
Dan owh sempat mengambil gambar ulat ini untuk tatapan dan kenangan. Ulat mulong!! Kata orang rasanya seperti udang. Tetapi... entahlah. Kalau rasanya seperti udang, baiklah dimakan udang sahaja. Tidak perlulah makan ulat ini.
Apakah hukumnya memakan ulat ini? Mengikut carian yang dibuat di internet, berdasarkan mazhab Syafie, hukumnya haram. Entahlah.. Pernah juga mendengar ada orang Islam yang memakannya. Tapi diri sendiri tidak tergamak mahu memakan ulat ini. Geli rasanya. Biarpun ulat ini mungkin halal hukumnya. Rasanya banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan... :))
Jumaat, 22 April 2011
Sarawak 2008
Catatan pendek kali. Slide di bawah menerangkan segalanya.
Kuching Sarawak Slideshow: Kasturi’s trip from Serdang, Selangor, Malaysia to Kuching was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
Selasa, 19 April 2011
Mari bersenam
Berat sudah melebihi 90kg. Tekanan darah telah melepasi tahap normal.
Ohh.. perlu memaksa diri untuk bersenam dan membuat senaman bagi mengeluarkan peluh dan mengunakan kalori yang dah lama terkumpul menjadi lemak di badan ini.
Ya.. mari kita bersenam seperti yang dinasihatkan oleh iklan dari negara jiran kita.
Ahad, 17 April 2011
Paris...
Ini ialah semasa lawatan ke Paris pada tahun 2008...
Dan owh.. gambar di London akan ditunjukkan dalam slide yang lain ya...
Dan owh.. gambar di London akan ditunjukkan dalam slide yang lain ya...
Paris 2008 Slideshow: Kasturi’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to 2 cities London and Paris was created by TripAdvisor. See another United Kingdom slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabtu, 16 April 2011
Sarawak State Election
Today is the day.
The people of Sarawak will elect their representatives to the state legislative assembly today. Whether the Barisan National will succeed in defending their long power holding in the state or whether the Pakatan Rakyat will be able to create history by winning over the heart of the Sarawak people by winning the election, will only be known today.
Barisan is hoping to win the state election and thus, forming a state government after the election is over. Not only that, Barisan is also hoping of maintaining a two third majority in the House. Pakatan on the other hand, intends to loosen the grips of Barisan power in the House by denying the Barisan the two third majority they wanted. Both sides give assurances and promises that make people wonder whether they can eventually delivers those promises. The campaign of the both team seems to be smeared with dirty tactics and personal attacks on the contestant and the parties leaders. To both Barisan and Pakatan, this election signifies the acceptance of rakyat of their policies and the approval of rakyat of their administrations.
May the people of Sarawak choose their representatives wisely and may Sarawak and Malaysia be sejahtera and makmur forever
Selasa, 22 Mac 2011
Bandung Indonesia 14-19 Oktober 2010
Paris Van Jaya. Berada di sini selama enam hari.
Paris Van Jaya Slideshow: Kasturi’s trip to Bandung, Java, Indonesia was created by TripAdvisor. See another Bandung slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
Label:
Bandung,
cuti,
Indonesia,
Paris Van Jaya
Hong Kong, Shenzen dan Disney
Akhirnya dipersetujui.
Kami memilih untuk ke Hong Kong, Shenzen dan Disney semasa cuti sekolah pada bulan Jun ini. Pilihan ini dibuat setelah meneliti dan menyinggah dari satu gerai ke satu gerai semasa matta diadakan di PWTC 13 Mac yang lalu. Suatu pilihan yang dirasakan sangat berbaloi semasa tempahan dibuat pada hari itu. Hanya masa pada bulan Jun nanti yang membuktikan pilihan itu tepat atau tidak.
Owh.. sangat tidak sabar menanti bulan Jun 2011!!
Kami memilih untuk ke Hong Kong, Shenzen dan Disney semasa cuti sekolah pada bulan Jun ini. Pilihan ini dibuat setelah meneliti dan menyinggah dari satu gerai ke satu gerai semasa matta diadakan di PWTC 13 Mac yang lalu. Suatu pilihan yang dirasakan sangat berbaloi semasa tempahan dibuat pada hari itu. Hanya masa pada bulan Jun nanti yang membuktikan pilihan itu tepat atau tidak.
Owh.. sangat tidak sabar menanti bulan Jun 2011!!
Langgan:
Catatan (Atom)