Isnin, 14 Julai 2014

Piala Dunia 2014 - Hari Penutup


Jerman atau Argentina?

Hari ini 14hb Julai 2014,  merupakan hari terakhir Piala Dunia 2014 di Brazil. 

Siapakah juaranya? Brazil telah gagal ke perlawananan akhir. Separuh akhir yang memalukan antara Brazil dan Jerman. Kekalahan 7-1 dengan dengan Jerman adalah sangat malang sebenarnya. Katanya sebab tiada Neymar yang cedera semasa perlawanan suku akhir, memburukkan prestasi Brazil semasa peringkat separuh akhir dengan Jerman itu.

Jangan lupa saksikan pada awal pagi nanti perlawanan akhir antara Jerman dan Argentina. Ada skrin besarnya katanya di Dataran Merdeka dan Putrajaya meraikan perlawanan akhir ini. Mungkin ada ramai yang terus juga mengambil cuti pada hari ini. Apatah lagi esok ialah hari cuti Nuzul Quran di Selangor dan Putrajaya. Harapnya trafik di jalan raya pagi ini untuk ke tempat kerja lenggang dengan ramainya yang menyambung cuti hujung minggu dengan cuti Nuzul Quran.

Apa pun sebenarnya terasa sedikit sinis sebab pada kali ini edisi Piala Dunia 2014 berlaku dalam bulan Ramadan Kareem, dan ketika rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat diserang bertalu-talu dengan serangan udara oleh Israel... Moga Allah memberikan semangat dan kekuatan dan kemenangan kepada pejuang Palestin.

Sebenarnya semua pasukan yang yours truly sokong semuanya telah kalah awal-awal lagi. England, Itali dan juara bertahan Sepanyol. Jadinya jangan marah tiada kemas kini Piala Dunia musim ini. Heee...

Semoga pasukan terbaik menang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...