Ahad, 20 Julai 2014

Belangkasuwa MH17




Merakamkan kesedihan atas kemalangan yang berlaku kepada MH17 yang telah ditembak jatuh oleh pengganas di ruang udara Ukraine pada 17 Julai 2014.  MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Kejadian yang berlaku dalam tempoh tidak samapai empat bulan selepas kehilangan MH370. Memang malang. 

Dan ramai yang menyalahkan Malaysian Airlines kerana menggunakan laluan yang dikatakan bergelora dengan konflik ketenteraan antara Russia dan Ukraine.  Janganlah hanya mencari salah. Laluan itu telah diistihar selamat oleh ICOA dan badan aviation antarabangsa lagi. Malah banyak lagi syarikat penerbangan lain yang menggunakan laluan itu. Usahlah sibuk mencari salah siapa pada waktu berkabung ini. Selesaikan dahulu apa yang patut. Dan berikanlah sokongan kepada keluarga dan rakan-rakan penumpang yang terkorban. Selepas itu barulah tubuhkan jawatankuasa yang berkenaan untuk membuat siasatan menyeluruh mengenai tragedi ini.

Malaysia Airlines telah menamatkan penggunaan kod MH17 pada hari ini dan seperti amalan syarikat penerbangan lain terhadap kod penerbangan yang menerima nasib  yang lain,  menukarkan kod itu kepada kod MH19 bagi penerbangan sektor Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Takziah kepada keluarga dan rakan-rakan penumpang MH17.

Semoga Allah merahmati semua penumpang yang terkorban dalam pesawat itu. Dan Semoga Allah merahmati Malaysia.

Dan yours truly masih sepenuh hati menyokong Malaysia Airlines sebagai penerbangan yang disukai.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...