Jumaat, 2 Mei 2014

Air 3

30 April 2014.

Pagi-pagi pergi bekerja bersiap siaga memastikan tong air di bilik air penuh. Tambahan pula hari ialah yang patut air dicatu di Bandar Baru Bangi setelah 2 hari, semalam dan kelmarin air menderu keluar dari kepala paip di sinki, walau pun ura-ura catuan air akan ditamatkan menjadi kencang setelah setiap petang hujan turun di Lembah Klang dengan lebatnya. Biarlah ura-ura itu. Kita tetaplah kena bersedia. Sediakan payung sebelum hujan. Tadahkan air sebelum kering. Heee...

Petang apabila balik kerja dan sampai di rumah, perkara pertama yang dibuat ialah membuka kepala paip di singki. Hah! air menderu keluar. Maknanya tiada catuan hari ini. Betullah berita itu. Sempat juga membuka berita di sini untuk pengesahan. Lega. Dan bersyukur kepada Allah. Harapnya krisis air ini berhenti pada hari ini - 30 April 2014. Sehingga 2hb Mei 2014, Bandar Baru Bangi ini menerima bekalan air seperti biasa tanpa catuan. Alhamdulillah. Dan harapnya keputusan menghentikan catuan ini berkekalan. Dan air tidak lagi dicatu walau pun Jabatan Meteorologi menjangkakan suhu panas dan kemarau akan berlaku lagi pada bulan Jun nanti kerana peralihan arah angin. Harapnya itu hanya jangkaan dan ramalan manusia sahaja. Sangat ngeri bila memikirkan tiada air pada bulan puasa nanti. 

Jom berdoa pada Tuhan agar catuan sebegini tidak berulang lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...