Rabu, 30 April 2014

Di Bawah Lindungan Kaabah


Teruja. Lagi.

Sebuah karya besar Hamka akan dipentas di Panggung Sari Istana Budaya. 

Di Bawah Lindungan Kaabah akan dipentaskan pada 9hb - 18 Mei 2014. 

Di  Bawah Lindungan Kaabah ialah karya klasik Hamka zaman berzaman. Pertama kali karya ini terbit pada 1938 oleh syarikat nasional Hindia Belanda. Bayangkan betapa lamanya tahun 1938 dengan  tahun 2014. Pengkritik sastera Indonesia mengatakan bahawa Hamka - bagi karya Di Bawah Lindungan Kaabah ini - telah menulis secara sederhana, tapi berjiwa.

Pementasan ini harus ditonton untuk melihat bagaimana sebuah karya agung dihidupkan di pentas teater. Karya ini pernah difilemkan di negara Indonesia sebanyak dua kali. Pada tahun 1981 dan tahun 2011 dengan tajuk yang sama. Tapi manakan sama filem dengan persembahan pentas. Bagi pementasan teater ini, karya ini akan dihidupkan dipentas oleh Dafi, Fizo Omar, Adi Putra, Zahid AF, Taufeq Izmer, Elfiro Loy, Nasha Aziz dan lagi, dan lagi... hahah. Ramai artis popular terlibat dengan karya agung ini.

Yours truly benar-benar teruja. Dan untuk karya ini, telah pun membeli tiket persembahan matinee pukul 3 petang, pada 17hb Mei 2014 nanti. Pada mulanya, yours truly ingat tiada persembahan matinee sebab ketika dilihat dalam talian di laman redtix.airasia.com, hanya jualan pementasan pukul 8:30 malam yang tersedia. Tetapi apabila dilihat lagi laman itu malam tadi, ada pula tayangan matinee, terus saja dibeli dalam talian tiketnya.

Bagi yang tiada idea siapa Hamka, googlelah nama itu, beribu laman sesawang menceritakan tentang beliau. Dan sekadar maklumat awal - nama penuh beliau ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah.

Jom tonton karya agung ini di Istana Budaya!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...