Khamis, 12 Disember 2013

Tip Kembara: Semak Status Kawalan Imigresen ke Luar Negara




Pasport.
Hendak mengembara dan bercuti ke luar negara perlukan pasport. 
Ini merupakan dokumen utama yang akan membolehkan rakyat Malaysia melepasi sempadan negara tercinta ini. Ini juga dokumen utama yang akan membolehkan rakyat negara ini yang telah melepasi sempadan negara, diterima masuk ke negara lain yang ingin dilawati atau diziarahi itu. Dan tentulah bagi sesetengah negara yang ingin dilawati atau diziarahi itu, perlu juga ada visa yang perlu diperoleh terlebih dahulu. Yang penting, passport ini perlu ada dahulu.
Setelah ada dokumen perjalanan utama ini, pastikan anda tidak dihalang atau disekat daripada keluar negara oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Sekiranya anda bankrup, atau ada hutang PTPTN, atau hutang LHDN atau ada kes tertentu, anda akan tersekat di laluan autogate imigresen ataupun di kaunter imigresen. Kalau dihalang di situ, malu besar jadinya.
Oleh itu, silalah guna kemudahan semakan status perjalanan ke luar negara yang disediakan oleh Jabatan Imigresen ini - Semakan Status Kawalan Imigresen ke Luar Negara. Hanya  masukkan nombor kad pengenalan anda untuk membuat semakan. Tidak sampai lima saat, anda akan ketahui sama ada anda terhalang atau tidak ke luar negara. Syabas Jabatan Imigresen atas semakan dalam talian ini. Memang memudahkan pelanggan.
Selamat bercuti...
Nota: gambar passport diambil dari laman sesawang internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...