Sabtu, 14 Disember 2013

Senandung Gajah Putih Bertahun Baru - Nota 1: Bangkok Lagi

 
 
Bercuti.
 
25hb Disember 2013 - 1hb Januari 2014.
 
Ke Bangkok lagi. Kali ini 8 hari. Kembara solo.
 
Tiket yang dibeli semasa Malaysia Airlines membuat jualan murah berbulan-bulan lamanya dulu. Tempat tinggalnya dibeli di Agoda - Take A Nap. Mudah di situ. Berdekatan stesen BTS Sala Daeng dan MRT Sam Yan. Mudah ke mana-mana nanti. Semasa rancangan ke Bangkok ini dibuat, dan semasa tiket ini dibeli, ianya lebih didorong oleh semangat dan perasaan ingin bercuti melepaskan tekanan kerja.
 
Tetapi Bangkok sedang dalam gelora politik sekarang ini lanjutan daripada ketidakpuasan hati terhadap parti kerajaan mengusulkan undang-undang mengampunkan pesalah politik. Pihak pembangkang mengatakan itu cuba parti kerajaan untuk membawa mantan perdana menteri dahulu - Thaksin - yang dituduh mengamalkan rasuah balik ke Thailand. Tentulah pihak kerajaan Thailand menafikan.
 
Namun berdasarkan berita ianya tidak seteruk dahulu  - tahun 2010 -  sehingga lapangan terbang juga ditawan pihak pembangkang. Perdana Menteri sekarang telah bersetuju membubarkan parlimen Thailand bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan pada bulan Februari 2014 nanti. Tetapi nampaknya,pihak pembangkang seperti tidak bersetuju dengan rancangan mengadakan pilihanraya itu. Mereka mahu pemimpin terus dilantik dan suatu majlis rakyat ditubuhkan.

Adoyai... harapan semuanya baik-baik sahaja nanti. Lagi 10 hari. Niatnya hendak bercuti tahun baru dan merasai sambutannya di Bangkok melepaskan tekanan. Bukan menambah tekanan dengan keadaan politik sebegini.

Moga dipermudahkan. Moga semuanya baik-baik. Moga tiada yang buruk-buruk berlaku nanti

Terus berharap dan berdoa...


Nota: gambar peta diambil dari laman sesawang internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...