Isnin, 18 Mac 2013

Perjalanan Gah A380: Catatan 2 (Tentatif Perjalanan)


87 hari ke hari penerbangan Perjalanan Gah A380 pada 13 Jun 2013 dengan MH02. Asalnya ingin membuat perjalanan ke London dan Madrid. Tetapi setelah meneliti peta Eropah berkali-kali rasanya perjalanan dari London ke Madrid terlalu jauh dan meletihkan.
 
 
 
Jadi keputusan terbaru yang diambil ialah Perjalanan Gah A380 ini hanya akan meliputi bandar-bandar berhampiran London. Cadangannya ialah dari London akan ke Paris. Mungkin akan ke Disneyland Paris. Selepas itu ke Luxembourg - melihat-lihat bandar negeri kecil yang dipengaruhi oleh Perancis dan Jerman. Kemudian ke Brussel yang tidak sempat dijelajah pada Jelajah Eropah 2012 yang lepas. Dan selepas itu balik ke London sebelum pulang ke Malaysia. Lagipun kali ini ingin meghabiskan lebih banyak masa di London. Apapun segalanya masih tentatif. Mungkin akan masih berubah perancangan ini.
 
Semoga Allah memudahkan perjalanan ini nanti. Ameen.
 
Nota: gambar-gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...