Ahad, 24 Julai 2016

Kembara Musika Hutan Hujan Borneo


Rainforest World Music Festival di Sarawak akan diadakan pada 5hb -7hb Ogos 2016. 

Festival ini telah beberapa kali diadakan, dan ini ialah kali pertama yours truly akan pergi ke festival ini dan berjimba di hutan Borneo. Jangan ada yang dalam hutan itu mengikut balik ke Malaya sudahlah.

Keputusan untuk merayau di Hutan Borneo itu sebenar dibuat secara impulsive dan mendadak kerana tekanan kerja. Makanya, kita melarikan diri sebentar pada 6hb - 8hb Ogos 2016 ini nanti ke Kuching Sarawak dan Cultural Village Santubong. Pelarian yang hanya sekejap dari hiruk-pikuk kerja yang tak habis-habis dan bertambah-tambah pula repeknya itu. Hanya akan hadir pada hari terakhir 7hb di festival itu walaupun Rainforest World Music Festival itu selama 3 hari dari 5hb hingga 7hb Ogos 2015. Cukuplah sehari untuk sekadar melihat dan merasa pengalaman lain - melihat kelainan budaya, mendengar kelainan bunyian, memerhati kelainan tingkah laku. Memang hanya untuk sekilas pandang saja kembara ini.

Penerbangan Malindo seawal pagi pagi 6hb Ogos 2016 ke Kuching dan balik seawal pukul 2:00ptg 8hb Ogos 2016 nanti, pass masuk sehari pada 7hb Ogos 2016. dan hotel 3 hari 2 malam berhampiran Kuching Waterfront, siap ditempah dan dibeli. 

Yee haa... jom berjimba.

Khamis, 14 Julai 2016

KRABI: I, MYSELF & ME (Nota 3 - Menunggang Gajah, Hot Stream, Blue Pool dan Emerald Pool)


Walaupun banyak juga tapak sesawang yang tidak menyarankan aktiviti menunggang gajah atas alasan kemanusian selain daripada kekejaman latihan yang dilakukan ke atas gajah, yours truly tetap juga mengambil pakej ini yang bersekali dengan lawatan ke Emerald Pool, Blue Pool dan Hot stream semasa percutian solo di Krabi.  Pakej ini berharga 800 baht. Bermula kurang 9:00 pagi sehingga lebih kurang 3:00 petang. Dan tanpa makan tengahari. Walaupun dalam gambar nampak yours truly tersenyum lebar, dalam hati rasa bersalah sangat dengan aktiviti menunggang gajah ini.

Aktiviti menunggang gajah ini sebenarnya tidak sampai pun  20 minit. Gajah akan dibawa menyusuri denai dalam hutan atau sahaja belukar. Dan juga dibawa masuk kolam air. Basah!! Jadinya cukuplah hanya berselipar getah saja untuk aktiviti ini. Bijak pula gajah-gajah ini mendengar arahan pelatihnya melalui jalan-jalan dalan hutan itu.

Sebelum aktiviti menunggang gajah yang merupakan aktiviti akhir pakej ini, kami di satu van yang mengambil pakej ini dibawa ke Hot Stream dahulu. Lebih kurang 40 minit di hot stream sempatlah berendam dalam kolam air panas yang sebenarnya tak semegah pun. Tapi keterujaannya sebab kolam itu di luar negara. Pandai sungguh orang Thailand mempromosi tempat ini. Terjumpa dengan beberapa kumpulan orang Malaysia di sini. Sempat duduk-duduk meminum air kelapa dan makan buah rambutan di sini.


Selepas Hot Stream ke Blue Pool dan Emerald Pool. Kedua-dua kolam biru dan hijau ini di tempat yang sama. Sungguh biru dan hijau warna air dalam kolam-kolam itu. Tapi perlu berjalan jauh ke dalam. lebih kurang 15 minit juga. Blue Pool lebih jauh lagi ke atas. Nasib baik mempunyai trek yang cantik dan elok untuk ke Blue Pool. Sekiranya datang dengan pakej yang diambil di Krabi, apabila sampai ke sini, lebih baik berjalan dahulu ke Blue Pool yang jauh ke atas itu. Kemudian barulah turun semula ke Emerald Pool. Apabila sampai di Blue Pool, memang akan kagum air berwarna biru dan suasan di situ yang tenang dengan bunyi-bunyi fauna hutan, terutama kalautidak ramai yang ke situ kerana tempat yang jauh ke atas. Dan jangan lupa bertepuk tangan apabila berhadapan denga kolam itu. Pusaran air akan kelihatan di tengah kolam apabila  bunyi tepukan kedengaran. Di kolam ini dilarang mandi. Cuma untuk melihat pemandangannya sahaja. 





Kemudian turunlah semula ke Emerald Pool. Dan bagi yang pertama kali sampai, Emerald Pool yang sebenar itu ialah yang jauh sedikit ke dalam. Kolam di dalam itu lebih besar dan hijau. Bukan yang dijumpai apabila memasuki kawasan tersebut. Di sini pengunjung dibenarkan mandi manda. Dan kawasan ini lebih ramai berbanding di Blue Pool. Mungkin kerana dibenarkan mandi di sini. Walaupun tidak mengambil pakej dengan makan tengahari, makan tengahari boleh sahaja di beli di kawasan luar Emerald Pool. Ada beberapa gerai halal bagi pengunjung muslim.

Satu hari yang penuh aktiviti di Krabi. Dan kepenatan apabila tiba di Good Will Hotel di Aonang.

Ahad, 27 Mac 2016

KRABI: I, MYSELF & ME 2015 (Nota 2 - Finding Time Alone is A Pleasure)


Bermula dengan promosi tambang murah penerbangan Mas yang ditempah seawal 10 bulan, hanya untuk kemudiannya diberitahu bahawa laluan KUL-KBV ditamatkan, diganti dengan laluan KUL-BKK, BKK-KBV. Perjalanan yang hanya 1 jam 30 minit, menjadi 7 jam, termasuk masa transit. Tapi merasalah pengalaman menaiki Bangkok Airways milik Thailand bagi sektor BKK-KBV. Dan tercongaklah di Lapangan Terbang Suvarnabhumi selama 4 jam sewaktu transit pergi dan balik. Tetapi layanan dan perkhidmatan yang lebik baik daripada MAS dari segi makanan, ketepatan masa dan crew.

Apa pun semuanya baik-baik sahaja kembara solo ini di Aonang, Krabi. Makaanan halalnya mudah diperoleh. Cuma tersilap pilih musim. Bulan September bukan masa yang sesuai ke Krabi. Hujannya setiap hari, namun sempat sahaja ke Phi Phi Island, Emerald Pool, Hot Spring, Elephant trekking, 7 Island Sunset Tour & pasar malam di bandar Krabi.. Bijak sungguh tour operator berkejaran dengan hujan dan pandai pula membaca cuaca, walaupun perjalanan ke Phi Phi Island laksana roller coaster 7 tingkat. Sempat juga berurut sebanyak 2 kali kerana murahnya harga di situ dan menjamah banana pancake yang katanya terkenal di sana..

Pengalaman ini perlu diulang. Secara solo tentunya.

Khamis, 7 Januari 2016

Kasturi@Wanderlust2016



Tahun 2016 ini, beberapa rancangan perjalanan telah diatur. Moganya terlaksana dengan kejayaan dan selamat. Moganya dipermudahkan Allah. Moganya sihat dan diberi kekuatan fizikal bagi perjalanan yang dirancang --

  • 4hb - 9hb Julai 2016, Raya@Syawal, Sungai Petani, Kedah (Inshaa-Allah)
  • 2hb - 9hb Mei 2016, Projek KPOP@Seoul 2016, Seoul, Korea Selatan (Inshaa-Allah)
  • 12hb - 16hb April 2016, Songkran Reloaded 2016, Bangkok, Thailand (Inshaa-Allah)
  • 31hb Mac - 3hb April 2016, Main-Main Air, Pantai Cenang, Langkawi (Inshaa -Allah)
  • 11hb - 18hb Februari 2016, Kembara Indochina: 3 Bandar 2 Negara, Phnom Penh, Siem Reap & Saigon, Cambodia dan Vietnam (Inshaa-Allah)
  • 22hb - 25hb Januari 2016, HatYai by Train, Hat Yai, Thailand (Inshaa-Allah



Ada satu perjalanan besar yang masih belum dicatatkan dalam senarai di atas.

Moga dapat dizahir dalam Projek Espana 2016 pada bulan September nanti. 

Begitulah harapannya. 

Khamis, 17 September 2015

KRABI: I, MYSELF & ME 2015 (Nota 1- Babai jerebu, Hello Aonang)



Perjalanan yang sepatutnya hanya sejam setengah dari KUL ke KBV menjadi tujuh jam setelah MAS (atau MAB) menutup laluan itu pada bulan Mei 2015 dulu. Seharian dihabiskan dalam perjalanan sahaja.

Alahai MAS...

Apapun, kembara solo di bumi Krabi pada masa menjadi satu pelarian daripada kejerebuan di Lembah Klang yang seperti mahu kekal sebati di situ...

Isnin, 6 Julai 2015

Pasar Ramadan Sungai Besi 1436 Hijrah




Sabtu.

4hb Jun 2015.

Akhirnya setelah 17 hari berpuasa, tersinggah juga ke pasar Ramadan di Sungai Besi gara-gara berbuka puasa bersama kawan-kawan yang memilih restoran Mee Tarik Warisan Asli di Lake Field, Sungai Besi. Sampai di restoran ini seawal pukul 6:15 petang. Dan bernasib baik mendapat parkir dekat dengan restoran itu. Maklumlah, Sungai Besi memang terkenal dengan kesesakannya. 

Sementara menunggu waktu berbuka, sempatlah menjengah ke Pasar Ramadan Sungai Besi. Banyak juga pilihan makanan dan minuman yang dijual. Nasib baik kami sudah memesan makanan dan hidangan lain sebelum menjengah ke Pasar Ramadan itu. Kalau tidak, tentu banyak yang diborong semasa di Pasar Ramadan. Masih dapat mengawal nafsu.

Kerana kami telah membuat tempahan makanan awal, semua makanan dan air yang ditempah sempat sampai di meja kami sebelum waktu berbuka. Memang perkhidmatan pelanggan yang tip top., walaupun dua pinggan kosong yang kami minta tak sampai-sampai ke meja kami hingga kami selesai berbuka. Nasib baik hanya pinggan kosong. Pengalaman berbuka dulu-dulu, ada saja yang tak sampai atau terlambat sampai.






Alhamdulillah atas rezeki Allah ini.

Rabu, 6 Mei 2015

Thriller Live: A Musical Celebration


Selasa.

24 Mac 2015.

Selang sehari selepas balik dari Langkawi - LIMA '15 Kami Datang - berkejar pula ke  Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil menyaksi Thriller: a Musical Celebration. Hari kedua terakhir sebelum persembahan ini menutup tirainya di Malaysia. Datang dari West End London katanya. Jadi tak perlulah kita ke London untuk menyaksikan persembahan ini.

Persembahannya pukul 8:30 malam tapi kami bertolak seawal pukul 6:00 petang. Kononnya mahu mengelak kesesakan lalu lintas dan senang mendapat parkir. Dan jadilah kami antara dua tiga orang yang terawal sampai di Stadium. Penuh keterujaan tahap tertinggi. Alahai... kalau program keagamaan, macam-macam alasan nak sampai awal dan tepat waktu. Sempat makan dulu di food court berhampiran stesen LRT Bukit Jalil. Mujur juga persembahannya malam, sebab kulit muka yang terdedah pada terik matahari di Langkawi dek kerana LIMA 15 dah mengelupas teruk. Terasa perit apabila terkena panas walaupun dah dipakaikan krim sunburn. Adoyai..

Agak menarik juga apabila semasa menunggu persembahan bermula pada pukul 8:30 malam, dan semasa rehat,  skrin besar di kiri kanan pentas menyiar soalan trivia mengenai Micheal Jackson untuk dijawab sesama sendiri sebelum jawapan sebenar dipancarkan ke skrin. 

Berlainan dengan teater muzikal lain seperti Jersey Boys atau Mamma Mia yang mempunyai plot dan jalan cerita mudah; Thriller: A Musical Celebration lebih menitikberatkan persembahan serangkaian lagu-lagu popular Micheal Jackson dari kecil semasa menganggotai Jackson Five sehingga dewasa. Watak tertentu akan menceritakan secara naratif perkembangan dan kejayaan Micheal Jackson yang merevolusikan muzik dunia. Persembahan yang dipertontonkan sangat mirip dengan video klip lagu-lagunya yang popular seperti Beat It, Billie Jean dan Smooth Criminal. Pergerakan dan aksi yang yang sangat tepat dihidupkan daripada klip video ke dunia nyata!!




Ramai rupanya peminat Micheal Jackson di Malaysia. Ramai juga yang turut menari semasa lagu-lagu popular dipersembahan. Kami saja yang mengenjungkan diri tidak ikut menari!!



Dan kalau tadi menjadi orang terawal datang, masa balik kami ialah orang yang terakhir berlegar di foyer stadium dan turut sempat bergambar pelakon Thriller.


Nota: gambar dua yang pertama dalam entri ini diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Isnin, 30 Mac 2015

Naruto Live Spectacle


Peminat Naruto... Jom tengok persembahan ini hujung bulan Mei nanti. Hanya empat persembahan dalam masa dua hari sahaja.

Rabu, 11 Mac 2015

LIMA '15, Kami Datang - Catatan 1



LIMA 2015 di Langkawi, Kedah bermula pada17 Mac 2015. 

Hanya minggu depan sahaja. Dan kami akan ke sana 19hb hingga 23hb Mac 2015 ini. 

Dengar khabarnya barang-barang dan serba serbi menjadi mahal semahal-mahal ketika itu. Moga khabar tu tidak benar.

Kalau betul, maka mati tercekiklah kami yang berjalan-jalan secara bajet ni!

Apa pun, teruja menunggu minggu depan!

Selasa, 10 Mac 2015

Air Asia lagi


Gigih membuat penafian... Aduhai Air Asia

"AirAsia X flight makes emergency landing in Australia

SYDNEY (AFP) - An AirAsia X flight made an emergency landing in Australia on Tuesday after the aircraft developed a problem with its map navigation display, regulators said.


The flight, listed on tracking websites as an Airbus A330, left Sydney en route to Kuala Lumpur but turned back and landed in the southern Australian city of Melbourne.

"They had some kind of problem with their map navigation display system in the cockpit," a spokesman for the Civil Aviation Safety Authority told AFP.

The long-haul, low-cost Malaysian airline confirmed the diversion but was unable to immediately say how many people were on board the flight.

"There was a technical difficulty," an airline spokesman said.

"The plane has now been rectified and has now been cleared for take-off."

Air Services Australia, which oversees the country’s air traffic control, said it understood that Flight XAX223 diverted to Melbourne rather than return to Sydney because the weather was better."

Boleh dibaca di sini, sini, sini, sini dan sini

Tetapi gigih juga syarikat tambang murah ini membuat penafian...

"PETALING JAYA: AirAsia X has denied that one of its planes made an emergency landing in Melbourne Tuesday, clarifying that its flight D7223 from Sydney to Kuala Lumpur made the diversion as a precautionary measure.

"AirAsia X would like to confirm that flight from Sydney to Kuala Lumpur was diverted to Melbourne due to a technical issue.
"The diversion is in compliance with all international aviation safety guidelines and landed safely at 1400hrs (GMT +11) in Melbourne," said the airline in a statement Tuesday.
"Upon completion of all necessary safety inspections, the said aircraft departed Melbourne at 1713hrs (GMT +11) and is expected to arrive into Kuala Lumpur at 10.21pm (local time)," said AirAsia X."
Boleh dibaca di sini.
Alahai Asia Asia X...


Rabu, 11 Februari 2015

Air Asia lagi...


"AirAsia sold one thing and delivered something different – and in the process it misled consumers", kata orang Australia. Tetapi orang Malaysia ramai saja yang rela diperlakukan sesuka hati oleh Air Asia dengan alasan - 'dah tiketnya murah...' 

Adoyai

Dipetik dari di sini
KUALA LUMPUR: Budget airline AirAsia has come under heavy scrutiny after the cancellation of the inaugural flight of Indonesia AirAsia X from Melbourne to Bali last December.
According to the Malay Mail Online, The Australian daily reported that Aussie regulators were probing the long-haul affiliate of Malaysia’s AirAsia X Bhd, for charges of “deceptive conduct” of selling tickets before gaining Aussie regulators’ approval to fly into Australia.
Indonesia AirAsia started taking bookings for its Bali-Melbourne route in October last year, after getting its permit to operate in Indonesia.
The Australian meanwhile said that Indonesia AirAsia X sold tickets for as low as A$99 (RM276) for Melbourne-Bali flights from December 26 onwards.
The low-cost carrier then sent text messages to passengers on Christmas Day informing them of the scheduled direct flights’ cancellation due to its not having secured regulatory approval from the Australian Civil Aviation Safety Authority (CASA) to fly the route.
Passengers had no choice but to travel to Bali via Kuala Lumpur, extending their six-hour travel plans by at least 14 hours.
Those that had booked for flights after December 26 were forced to make new bookings.
Consumer rights group CHOICE has reportedly sent the Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) a letter regarding the complaints that had begun coming in from consumers who claimed losses amounting to thousands of Australian dollars.
“We will consider this matter, not just in terms of the CHOICE letter but also any complaints we may have received directly,” said Rod Sims, chairman of the ACCC.
According to Daily Mail, CHOICE’s head of media Tom Godfrey said that under Australia’s consumer law passengers should be compensated by the airline for the additional expenses incurred.
“AirAsia sold one thing and delivered something different – and in the process it misled consumers,” said Godfrey.
Godfrey pointed out that if holiday plans were the reason the tickets were purchased, and the route alteration had a major impact on said plans, that would constitute a major failure under Australian Consumer Law.
If this is proven true, consumers would then be eligible to seek restitution from the airline for whatever unexpected expenses were incurred due to the cancellation.
According to the Wall Street Journal (WSJ), airlines are permitted to sell tickets before gaining all relevant approvals provided they inform their customers of the flights being subject to regulatory approval.
One of the reasons for AirAsia’s delay in obtaining the approval was the crash of its subsidiary Flight QZ8501 on December 28, which killed all 162 onboard passengers and crew upon plunging into the Java Sea.
Sources familiar with the regulatory process said to WSJ that Australian aviation regulators needed time to re-evaluate the airline’s safety operations.
Indonesia AirAsia X said last month that it was working closely with relevant authorities to complete the administration process and hopes to start flying the Bali-Melbourne route soon.
AirAsia Malaysia was fined in 2012 for contravening the single pricing provision under the Australian consumer law after CHOICE complained that their website, www.airasia.com, had not published some airfare prices inclusive of all taxes, duties, fees and other mandatory charges “in a prominent way and as a single figure”.
Australia’s Federal Court had then fined AirAsia A$200,000 (RM555,536).

Ahad, 8 Februari 2015

Misi mencari Doraemon 2014 - Nota 2 (Dari KUL ke NRT)



14hb November 2014 - 24hb November 2015
Tokyo, Kyoto dan Osaka

Lapangan terbang Narita.

MH088 mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Narita seawal 6:30pagi. 

Dan kumpulan seramai 18 orang itu memang mengambil benar-benar masa berjalan menuju ke kaunter imigresen sehingga akhirnya menjadi kumpulan penumpang yang akhir melalui laluan ke kaunter imigresen dan bagasi.

Sempat mengambil giliran ke tandas di lapangan terbang itu seorang demi seorang dan sempat juga menunjukkan rasa takjub sesama sendiri dengan  kemudahan dan kebersihan tandas di situ. Sungguh bersih dengan pelbagai butang untuk pancuran air dan suhu panas boleh laras untuk tempat duduk. Malah lengkap pula dengan arahan dan gambar sebagai arahannya.

Memanglah terkagum dibanding dengan tandas di KLIA. Belum lagi membandingkan kemudahan untuk bayi dan kanak-kanak yang disediakan di situ. Ohh KLIA ku...




Menjadi kumpulan terakhir dalam laluan ke kaunter imigresen, kumpulan itu sempat juga bergaya sakan sesama dalam laluan tersebut sehinggalah akhirnya sampai ke kaunter imigresen.  Hampir 45 minit juga beratur di situ. Tetapi barisan bergerak sentiasa bergerak dan semua berjaya melepasi imigresen Jepun.

Yee haa... mendapat sticker masuk ke Jepun untuk 90 hari dan kali pertamanya tanpa perlu visa Jepun dalam pasport. Terus menuju ke kaunter bagasi dan mendapati beg-beg telah siap disusun di tepi karausel. Mungkin kerana kumpulan itu berlambat-lambat di tandas dan sempat pula bergambar di dinding yang tertulis besar 'Welcome to Narita'.

Setelah melepasi kaunter kastam secara berkumpulan, kami keluar ke ruang luar balai ketibaan disambut dua orang pelajar Malaysia di Jepun yang akan menjadi pemandu kami di Tokyo, sambil mencari-cari jalan untuk ke membeli Kanto Pass yang hanya dijual di Lapangan terbang itu sebelum menuju ke hostel di Asakusa. Kaunternya hanya dibuka pada pukul 9 pagi. Makanya kumpulan 18 orang itu melepaklah di depan kaunter itu dan menjadi perhatian warga Jepun yang lalu lalang untuk urusan harian di situ.

Apa pun, selamat datang ke Tokyo!!

Sabtu, 31 Januari 2015

Misi Mencari Doraemon 2014 - Nota 1 (pra-ceritera)


14hb November 2014 - 24hb November 2015

Tokyo, Kyoto dan Osaka

Perjalanan separa rasmi dari KLIA menuju Narita pada 14hb November 2014 malam dalam misi mencari Doraemon di Tokyo, Kyoto dan Osaka. Selamat mendarat di lapangan terbang Narita pada awal pagi 15hb November 2015, melepasi imigresen dan kastam Jepun tanpa banyak soalan dan terus mencari jalan ke stesen keretapi yang juga dalam lapangan terbang itu. Menunggu sehingga pukul 9 pagi untuk membeli kanto pass untuk perjalanan 3 hari di Tokyo sebelum menaiki keretapi ke Asakusa, untuk ke Hostel Khaosan Laboratory yang ditempah berbulan dahulu.


Sabtu, 3 Januari 2015

What Comes Around, Goes Around 3

Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!” - Travel3Sixty
Ahem...

"Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan berang dengan AirAsia Indonesia yang didakwa tidak mematuhi prosedur, menurut laporan detik.com

Menteri itu dilaporkan marah selepas melawat ibu pejabat penerbangan itu di Jakarta bagi meninjau tatacara prapenerbangannya.

Memetik kenyataan menteri itu, detik.com melaporkan Jonan memberi amaran tegas yang tindakan akan diambil terhadap sebarang pelanggaran.

"Pak Jonan marah-marah di pejabat AirAsia. Marah besar," kata Hadi M Djuraid, kakitangan khas kepada menteri perhubungan, lapor detik.com.

Menurut Hadi, Jonan mendapati AirAsia melangkau satu tahap prosedur.

"Sebelum berlepas, juruterbang seharusnya mendapat taklimat secara langsung oleh pegawai operasi penerbangan (FOO) khususnya mengenai cuaca.

"Tetapi AirAsia selama ini cuma bergantung kepada lamanweb Badan Meteorologi, Cuaca, dan Geofizik (BMKG)," kata Hadi.

Sementara itu, akhbar Tempo melaporkan seorang pengarah AirAsia Indonesia yang tidak dinamakan mengaku penggunaan maklumat cuaca penerbangan dari BMKG adalah "cara tradisional" mereka.

Menurutnya dengan cara itu, juruterbang membaca terus laporan cuaca itu tanpa perlu mendengarnya dari pegawai operasi penerbangan.

Namun, menteri bertegas agar AirAsia Indonesia menambah bilangan pegawai operasi penerbangan agar kecelakaan yang sama tidak berulang."

Jumaat, 2 Januari 2015

What Comes Around, Goes Around 2

“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!” - Travel3Sixty

Ahem..

"Presiden AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko mengesahkan seorang juruterbangnya dikesan positif dadah jenis morfin.

Namun jelasnya, ia kerana pengambilan ubat batuk, lapor media tempatan, Tempo.

Sunu dalam sidang media di Jawa Timur berkata, juruterbang itu baru sahaja mendapat rawatan hospital kerana dijangkiti demam tifus dan masih mengambil ubat untuk memulihkan penyakitnya.

Sunu menambah, juruterbang, yang mendapatkan rawatan pada 26 hingga 29 Disember lalu, turut mengambil ubat batuk yang mempunyai kesan seakan-akan positif dadah.

"Ubat batuk seperti itu dapat memberikan hasil seolah-olah positif (dadah). Tapi, setelah diteliti lagi, (kesannya) boleh hilang," Sunu dipetik sebagai berkata.

Tempo juga melaporkan Sunu sebagai berkata, penilaian lanjut terhadap juruterbang itu harus dilakukan kerana juruterbang itu tidak mempunyai rekod kerja buruk.

"Untuk pemeriksaan lebih lanjut, kami akan bekerja sama dengan Badan Narkotika Nasional," Sunu dipetik sebagai berkata.

Pagi tadi, seorang juruterbang AirAsia dilapor positif dadahsetelah menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Bali.

Beliau menerbangkan pesawat dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali dengan pesawat AirAsia QZ7510.

Dengan penemuan tersebut, juruterbang itu kini tidak dibenarkan membawa pesawat."

Rabu, 31 Disember 2014

What Comes Around, Goes Around

“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!” - Travel3Sixty

Jangan bongkak dan takbur. Tuhan membalasnya tanpa diduga.

Ahem....

Belangkasuwa QZ8501..

Berpetualangan Di Tanah Jawa: Nota 2


Gunung Batok, Bromo dan Semeru

Maha Suci Allah yang menciptakan.

Kagum dan terpegun.

Hanya mampu mengucapkan Subhanallah apabila melihat keindahan ciptaan Allah ini.

Alhamdulillah akhirnya hasrat untuk melihat keindahan alam ini dimakbulkan Allah.

Isnin, 22 Disember 2014

Berpetualangan di Pulau Jawa 2015: Nota 1


Esok.

23hb Disember 2014 hingga 29hb Disember 2014.

Berpetualangan di Pulau Jawa.

Dari Kuala Lumpur ke Surabaya dengan penerbangan Air Asia. Dari Surabaya ke Penanjakan ke Bromo ke Pasir Berbisik ke  Savannah ke Batu ke Sarangan ke Tamuwangu ke Karanganyar ke Solo ke Klaten dan ke Jogjakarta dengan Toyota Avanza. Dari Jogjakarta ke Bandung ke Jakarta  dengan keretapi dan kembali ke Kuala Lumpur penerbangan Malindo. 

Moga Allah mempermudahkan perjalanan ini.

Ameen.


Nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta
Nota 2: Kemas kini pada 31 Disember 2014

Khamis, 4 Disember 2014

Mamma Mia!


Teater ini datang lagi ke Malaysia.

Walaupun pada awal tahun ini digembar-gemburkan teater musikal ini akan dipentaskan di Istana Budaya, nampaknya pada akhirnya teater ini dipentaskan di Plenary Hall, KLCC. Bukan di Istana Budaya. Dan memang teater ini tiada dalam kalendar aktiviti pementasan Istana Budaya walaupun pada awal tahun ada dalam kalendarnya.

Jadi marilah membuat janji temu dengan teater musikal ini di Plenary Hall KLCC dari 18hb - 21hb Disember 2014 nanti. Tiket telah ditempah bagi pementasan pada hari terakhir 21hb Disember 2015. Walaupun telah pernah menyaksikan pementasan ini di Novello Theather, Aldwych London Jun tahun lepas, terasa ingin pula menyaksikannya di Malaysia dan melihat sama ada terdapat perbezaannya bagi pementasan yang sedang 'touring Asia' ini.

Apapun jom jumpa di sana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...