Khamis, 4 Disember 2014

Mamma Mia!


Teater ini datang lagi ke Malaysia.

Walaupun pada awal tahun ini digembar-gemburkan teater musikal ini akan dipentaskan di Istana Budaya, nampaknya pada akhirnya teater ini dipentaskan di Plenary Hall, KLCC. Bukan di Istana Budaya. Dan memang teater ini tiada dalam kalendar aktiviti pementasan Istana Budaya walaupun pada awal tahun ada dalam kalendarnya.

Jadi marilah membuat janji temu dengan teater musikal ini di Plenary Hall KLCC dari 18hb - 21hb Disember 2014 nanti. Tiket telah ditempah bagi pementasan pada hari terakhir 21hb Disember 2015. Walaupun telah pernah menyaksikan pementasan ini di Novello Theather, Aldwych London Jun tahun lepas, terasa ingin pula menyaksikannya di Malaysia dan melihat sama ada terdapat perbezaannya bagi pementasan yang sedang 'touring Asia' ini.

Apapun jom jumpa di sana...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...