Selasa, 11 Jun 2013

Senandung Mahsuri Berdarah Putih: Catatan 2 (Laksa Power)

 
 
16hb Mei - 20hb Mei 2013.
 
Senandung Mahsuri Berdarah Putih.
 
Di  Langkawi, Kedah.
 
Kalau sampai ke Langkawi, tentulah tidak sah kalau tidak makan laksa power di tepi lapangan terbang Padang Matsirat. Dulu-dulu hanya ada satu sahaja gerai jual laksa ini dengan meja makan yang terhad. Kemudian bertambah dua gerai. Sekarang semakin bertambah pula gerai-gerai di tepi jalan itu. Malah sekarang telah ada kawasan parkir yang sempurna dan bertar berbanding dahulu yang kawasan parkirnya hanya bertanah dan berpasir saja. Dan owh... sila perlahankan kenderaan dan pandu dengan berhati-hati di sepanjang jalan ini kerana banyak kereta yang berhenti di tepi jalan.
 
Kawasan gerai laksa power ini memang cantik. Di tepi laut dan bersebelah pula dengan lapangan terbang. Sambil-sambil makan, dapat menikmati pemandangan laut dengan sapaan angin laut dan sekali-sekala melihat kapal terbang mendarat atau berlepas. Haruman laksa dan cendol pulut memang membuka selera dan menambah lagi keindahan berada di kawasan itu pada waktu petang di bawah redupan pokok-pokok. Di sebelah gerai Laksa Power, ada sebuah gerai lain yang menjual laksa ikan sekoq. Makanlah di mana-mana gerai pun. Sama sedap rasanya.
 
 
 



Sepanjang berada di Langkawi kali ini, kami singgah makan di sini sebanyak dua kali. Kali pertama makan laksa dan kali kedua pun makan laksa juga. Cuma Encik Moon saja yang kali pertama makan rojak mahsuri. Mungkin laksa bukanlah makanan kegemaran Encik Moon. Heee...

Makanan yang harus dicuba ialah laksa, cendol pulut dan air teh bunga. Kalau mampu menghabiskan, pesanlah juga rojak mahsuri.


 
Adik-adik ini sempat pula bermain air laut ketika ibubapa sedang makan di gerai. Gembira sungguh nampaknya mereka bermain air dan pasir di situ.
 
Jangan lupa singgah kalau ke Langkawi...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...