Khamis, 23 Mei 2013

Perjalanan Gah A380: Catatan 3 (Eurostar dan Eurolines)



21 hari ke Perjalanan Gah A380.
 
Perjalanan solo ke London dengan kapal A380 milik Malaysian Airlines dan dalam kabin kelas perniagaan. Kali ini telah menetapkan tempat-tempat yang ingin diteroka. Perancangan dahulu telah berubah dan diubah. Kali ini akan ke Brussels, kemudian ke Budapest dan balik semula ke London. Tiket tren Eurostar ke Brussels dan tiket bus Eurolines telah dibeli atas talian di sini dan di sini . Terpaksa beli awal bagi mendapatkan harga promosi. Macam-macam promosi harga tiket tren dan bus ada di pautan itu. Harganya seperti harga penerbangan. Semakin dekat dengan hari perjalanan, semakin mahal harganya, terutama kalau perjalanan itu dibuat pada hari minggu.
 
Perancangannya ialah setelah tiba London, tinggal 2 malam di situ. Hari ketiga, ke Brussels, tinggal semalam di sana dan meneruskan perjalanan ke Budapest dengan bus ke Budapest. Bermalam 1 malam sebelum berpatah balik ke Brussels dan London, Dan tinggal lebih lama di London sebelum balik ke Malaysia.
 
Perjalanan solo kedua selepas Bangkok dalam Sawadikap Escapade pada Disember 2012. Berdebar-debar? Sudah pasti.
 
Semoga Allah memudahkan perjalanan ini. Ameen...


nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...