Isnin, 11 Jun 2012

Euro 2012 - Sepanyol lawan Itali


Bagaimana tidur anda selama dua malam ini? Terubahkah rutin tidur kerana Euro 2012? Berjaga bersengkang mata pada waktu malam dan mengantikan tidur itu pada hari siangnya? Jangan sehingga menjejaskan produktiviti di rumah dan di pejabat.

Pagi ini perlawanan kumpulan antara SEPANYOL dan ITALI pada pukul 11:55 malam 10hb Jun dan selepas itu perlawanan antara Ireland dan Croatia pada pukul 2:45 pagi. Sepanyol dan Itali itu sengaja dieja dengan huruf besar. Pertama menunjukkan pasukan pilihan, kedua perlawanan yang ditunggu keana Sepanyol merupakan juara bertahan. Dan Itali juga merupakan satu pasukan besar. Kumpulan mana yang akan mengutip mata penuh bagi perlawanan pagi ini dalam kumpulan C?


lawan



Jom sokong Sepanyol pagi ini,


Dan jom juga sokong Torres!


Kemaskini perlawanan kumpulan C: Sepanyol 1 - Itali 1, Ireland 1 - Croatia -3
dan Torres hanya bermain pada saat akhir sahaja...


Nota: gambar dan klip video  diambil dari laman sesawang di internet

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...