Selasa, 3 Mei 2011

Bintulu

Kali ini ke Bintulu dengan pesawat MH2742 pada 27 April 2011. Selama 3 hari ke sana. Tinggal di New World Suite. Hebat juga hotel baru ini. rekabentuk dan hiasan dalaman yang moden. Sangat moden. Dan berdekatan dengan bandar baru dan pusat membeli belah Parkcity.

Hari terakhir, pergi ke Tamu Bintulu untuk membeli ole-ole dari sana untuk staf di pejabat. Cuma membeli belacan Bintulu untuk mereka!! Hahah.. entahlah sama ada  staf-staf yang muda dan belum berkahwin itu makan atau tidak belacan!!

Dan owh sempat mengambil gambar ulat ini untuk tatapan dan kenangan. Ulat mulong!! Kata orang rasanya seperti udang. Tetapi... entahlah. Kalau rasanya seperti udang, baiklah dimakan udang sahaja. Tidak perlulah makan ulat ini.


Apakah hukumnya memakan ulat ini? Mengikut carian yang dibuat di internet, berdasarkan mazhab Syafie, hukumnya haram. Entahlah.. Pernah juga mendengar ada orang Islam yang memakannya. Tapi diri sendiri tidak tergamak mahu memakan ulat ini. Geli rasanya. Biarpun ulat ini mungkin halal hukumnya. Rasanya banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan... :))

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...